Followers

Saturday, May 16, 2009

persahabatan....

erti sebuah persahabatan...
kami sama-sama menginap di asrama dari form 1 hingga form 5
kemudian berpisah bila masing-masing mencari haluan sendiri selepas SPM

38 tahun kemudian...
kami berjumpa kembali di atas tanggungjawab masing-masing
dibawah bumbung sekolah anaknya, juga tempat CM mencari makan
sebelum dia menapak masuk ke bilik PKHEM, CM sempat menghulurkan no telefon

dua minggu kemudian
dia menelefon......mahu bertandang kerumah CM
dan semalam mereka berdua menjadi tetamu CM
................dari berbual biasa
................kami perisakan dengan kenangan 39 tahun lepas
pada nama kawan-kawan yang masih segar dalam memori
pada kisah-kisah lucu dan sedih
pada kegembiraan dan kasih sayang
dan semuanya tentang 'kita'.....SESMA 1976 - 1980..

TERIMA KASIH......
DR KHAIRI & DR SOLEHATUN

anda masih khairi dan Atun yang dulu
yang CM kenal 39 tahun yang dulu!


.............siapa lagi selepas ini???

9 comments:

aza ni said...

CM: bila dapat peluang jumpa rakan lama yang dah berdekad tak jumpa,pasti banyak kenangan lama nak di imbau , juga kisah baru untuk dikongsi.

Iskandar Ab. Rashid said...

Wah best nyer. Saya dah lama tak ke KB. Kalu pergi teringin juga nak singgah.

cm said...

azani>>
ye...imbau kenangan lama yg best tu..

Iskandar>>
datanglah ke KB....nanti kita kumpul ramai-ramai!

zino said...

memang seronok dapat berjumpa kawan lama.. zino ada jemputan ni dari seorang kawan yg sama belajar 30 tahun dulu.. rupa dah tak ingat dah.. nama pun ingat2 lupa.. tapi kawan2 yg lain bagi senarai nama kat dia..jemputan di kuantan pulak tu..

Unknown said...

mmg best dpt jumpe semula kwn2 lama... saya pun baru jumpa kawan baik masa sekolah rendah dulu..
cikgu, kita tukar link ye...
slmt hari guru.......

ckLah @xiiinam said...

Seronok kan...berjumpa sahabat yang lama terputus hubungan....
ckLah pun banyak kehilangan kawan sekolah. Yalah, duludulu tak ada telefon bimbit atau internet. Nak harap tulis surat....pecah kaca pecah gelas....alahai....


....dan sekarang kita membina persahabatan via dunia yang maya...
Tetapi kekadang rakan maya dirasakan lebih memahami, meski tidak pernah bersua wajah dan mendengar suara..

Selamat Hari Guru CM!!!

laki cikgu kimia said...

slamat hari guru CM. bestnye jumpa kawan2 lama kan..

cm said...

zino>>
wajah memang tak ingat..
tapi bila jumpa....semua akan terimbau kembali...

pija>>
TQ kerana sudi singgah.
insyaAllah!

CkLah>>
emm..teman cyber lebih akrab...
kerana kita 'bertemu' tidak kira waktu, dan 'berbual' tidak mengira topik..

Am>>
TQ.

arazma said...

sekali sekala buat reunion, mesti best....