Followers

Tuesday, May 05, 2009

Bumi Laloh yang ku jejaki...

tanam pinang rapat-rapat
agar puyuh sukar berlari
sudah tercanang di dalam makrifat
PK HEM SIC, Pengetua kami...


Itu yang tercatat di dalam buku program majlis Keraian Tuan Pengetua Baru, SMK Laloh yang dihadiri oleh CM bersama lebih kurang 40 orang warga SIC ke SMK Laloh, Kuala Krai
bagi mengiringi En Abdul Halim bin Zakaria, mantan PK HEM SIC yang bertugas sebagai Pengetua SMK Laloh.

Yang nyatanya, CM amat teruja untuk mengiringi Pengetua SMK Laloh kerana ingin mengambil peluang mengenali tempat baru. Kalau saja nak jalan-jalan..... pasti tidak akan terjejak kaki CM di daerah itu, kecuali melalui lebuhrayanya ke tempat lain...
penat dihayun perjalanan selama satu jam 45 minit bagaikan tidak terasa bila sambutan yang meriah diberikan!
Menu makan tengahari kami hari ini adalah masak tempoyak ikan patin, gulai daging dengan nangka muda, ayam goreng berempah, kerabu nangka muda dan sambal belacan.

kami juga diberi cenderahati....( sisa kata oghe klate)
didalam beg puteri islam ( pinjam kata-kata kaunselor) kerana warnanya pink!

lain kali boleh jalan-jalan lagi......


9 comments:

the life of cikgu sue said...

Terasa macam hantar menantu pulak.Emmm sedapnya gulai tempoyak ikan patin.Nak makan banyak malu.

Sally said...

uiks..bestnyer..tak de rezeki nak turut serta dlm rombongan cik kiah kali ni..next time maybe..

cikgu panji said...

wow....cikgu halim dah jadi pengetua.cp pernah bersamanya semasa di smkdam.

aza ni said...

cm:tempat baru ni begitu menghargai kehadiran pengetua barunya, moga dia bahagia dan maju di tempat itu.

err,makanan begitu menyelerakan.

cm said...

cikgusue>>
bantai jer...tak ada malunya, tak jumpa lagi lepas ni..kih..kih..

tchersally>>
rugi...
lepas ni nak hantar sape pulak erk..
ada calon ker???

CP>>
sireh pulang ke gagang
sebelum ke smdam dia dah jadi PKHEM di sana

Azani>>
Pengetua yang ditunggu-tunggu...
katanya dah lama tak ada pengetua!n

chekgu Bani Hassim said...

mcm rombongan meminang jea...
serba biru...nice!

arazma said...

macam rehearsal utk anto pinangan jer... menu ala org perak.. kt mana laloh tu? maleh nk search dlm google. nk bukak atlas lg le maleh..

arazma said...

opps.. kuale krai rupenye...

cm said...

chekguBH>
kalau chekgu BH nak minta jd wakil pun boleh.....he..he..he..

ami>>
saja...
nak meriahkan suasana!