Followers

Saturday, February 28, 2009

POKOK BUNGA.......cikgu

BERTAPA SIBUKNYA HIDUP SEORANG GURU...perjalanan masa seakan tidak terasa!

Petang jumaat, semasa Kak Na ambil Irfan selepas kelas matematik, dia menegur sesuatu tentang pokok bunga, menyebabkan aku tertangkap sesuatu. Telah berkurun pokok bunga tidak ku jengah.
Pagi hari sabtu, aku mengambil sedikit masa untuk membuat lawatan mengejut!!( ayat power sempena musim lawatan mengejut ke seolah)
Dalam kehijauan pokok yang bercampur dengan rumput-rumput liar, rupanya masih ada yang sudi memberikan bunga, terutamanya orkid yang hanya tinggal beberapa spesies lagi tu...












Juga pokok bunga ros yang hidup segan mati tak mahu...

Spesies pokok ini sentiasa mengeluarkan bunga, tetapi banyak yang mati kerana terlebih air pada bulan disember lepas.
Pokok bunga kertas pun sudah hilang rajuknya...mula mengeluarkan bunga ...


dan pokok ini, yang membesar tanpa dijaga di belakang rumah, mengeluarkan buah yang lebat...jambu batu versi kampung...
buahnya hanya bersaiz 2-3 cm bila masak!

5 comments:

Abiey69 said...

Hidup dah mula berserilah tuh.... yang merajuk dah kembali asal. jangan lupa bila masak je buah jambu tuh... bawa ke bilik guru.. yeeeeeh. makan colek buah

Faizal@poyan said...

salam cikgu..

emmm sedapnya buh jambu kampung tu walau pun kecik....

teringat zaman kanak-kanak dulu makan buah jambu atas pokok jambu sambil petik jambu sambil makan

cm said...

abiey
baru je nak berseri hidup minggu exam ni, dah layu se,ula hari ni....skrip jawapan bertimbun atas meja...hu..hu..
buah jambu tu klu masak dah tak sedap nk mkn colek...

faizal
betul tu....pengalaman yang sgt indah untuk dikenang, tp anak-anak skrg dah tak suka dengan cara kita dulu..klu tak duduk depan komputer & astro, tak bleh idup!

Anonymous said...

jambu tu masak putih ke masak merah. sedapnya makan dengan colek cuka.

cm said...

jambu masak merah....
jomlah...kita makan sama-sama!