Followers

Wednesday, February 17, 2010

thinking positive

Banyak perkara yang berlaku yang memungkinkan kita bertindak dan berfikir diluar kawal

Selepas siri kecurian yang berlaku menyebabkan CM rasa serba tak kena... Marah, Sedih, Kesal dsb menyebabkan fikiran pun menjadi tidak rasional...
Kenapa tumpuannya pada rumah CM???
Apakah dosa kami ???

Bila difikir sejenak, banyak sebab yang ada...
Kami tidak ada lelaki dewasa...
rumah peninggalan arwah  agak besar daripada rumah-rumah lain di kawasan ini, tetapi tidak ada kawalan keselamatan.... rumah kami tidak ada pagar automatik, tidak ada alarm dan cctv.
dan yang paling mereka seronok... setiap kali mereka masuk , mereka tidak keluar dengan tangan kosong!!

seperti saranan kawan-kawan, selain daripada memohon daripada ALLAH swt, CM terpaksa fikirkan sesuatu, fikirkan bagaimana mengawal keselamatan dirumah. Ia mungkin memerlukan perbelanjaan yang agak besar!!

walau apa pun, inilah ujian yang perlu CM terima untuk melengkapkan hidup ini...

Kadangkala Tuhan hilangkan sekejap matahari. Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari dimana matahari? Rupanya Tuhan nak hadiahkan kita pelangi..

................CM masih menanti kemunculan  pelangi.... Ia pasti muncul selepas hilangnya guruh dan kilat ini.......

11 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam CM..

InsyaAllah pelangi itu akan muncul juga nanti.. meskipun ia tidak membawa cahaya, tapi ia membawa warna-warna ceria.. :)

pB said...

Salam


kena letak CCTV lepas nie, napok gayo nyer

sonata anak kancil said...

mintak orang buat 'pagar' kawasan rumah tu cikgu....

Ibu n Abah said...

CM,
jgn putus asa dgn ALLAH...
Insya'Allah.... bagaimana kalau amalkan baca Bismillah 21kali dan ayat dlm surah Yassin.."Wajaalna mim baini Aidihim..(sampai habis ayat..) tiapkali lepas solat, Insya'Allah... pencuri tak nampak rumah CM nanti...

Ibu n Abah said...

CM,
Ayat 8 surah Yassin boleh jadi macam pendindingpagar drp org yg bersifat/berniat jahat...

Sally said...

other than praying and all..sis, u need to really consider cctv..

Anonymous said...

salam cikgu maths. makcik bersetuju yang kita mesti berfikiran positive,berdoa dan bertawakkal denganNya,insyaallah hati akan damai dan pelangi indah akan muncul tak lama lagi.jangan mudah berputus asa
denganNya, Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

laki cikgu kimia said...

rumah kat manjoi pon baru kena, cess

cm said...

kakcik>> itu yang CM harapkan

pB>> dalam perancangan..

SAK>> masih tercari-cari ni...nak minta siapa tolong pagarkan rumah

ibu n abah>> tq. InsyaAllah CM amalkan

sally>> itulah.. tapi masih dalam perancangan.

cm said...

makcikYam>> Alhamdulillah w/p kadangkala sukar

Lck>> rasa nak marah kannnnnn!!!

ckLah @xiiinam said...

Semoga Kubu Allah melindungi rumah CM...dan semua penghuninya!




Amin!