Followers

Wednesday, February 24, 2010

cerita hari ini...

hari pertama acara saringan untuk kejohnan olahraga Maktab Sultan Ismail kali ke 60....

CM bertugas bahagian pertolongan cemas bersama ahli PBSM... tapi yg berlaku di sebaliknya...
ore klate kato
'ggalo tanoh ore, tanoh sdiri lale sekat lutut'

 CM turun padang pukul 3.00 ptg.. kemudian terima call drp ketua rumah WONG..
.....minta tolong uruskan peserta .....
Kemudian datanglah beberapa peserta anak buah CM
'cikgu.. nombor nak ambil kat mana?'
'cikgu, saya masuk acara apa?'
'cikgu,  itu ......?,  cikgu.... ini?'
Rupa-rupanya mereka belum diberi apa-apa lagi!!
Senarai nama peserta dan nombor peserta entah dimana, sedangkan juru acara sudah beberapa kali supaya peserta melaporkan diri dimeja urusetia...
 maka bertugaslah CM disitu.. berkejar cari nombor, cari senarai nama ,
dan mengurus 1001perkara yang berkaitan dengan peserta rumah Wong,
Acara yang tidak ada peserta terpaksa dicari peserta baru untuk diganti... ada yang bertindih, ada yang berlebihan, ada yang tidak hadir dan sebagainya......
semuanya perlu dibereskan!

sehinggalah.....
ada pelajar jatuh selepas lari 400m.....
mana budak-budak PBSM???
Pertolongan Cemas???

he..he..he...
CM boleh lupa  tugas utama di padang hari ini....
Nasib baik tidak ada berlaku kecemasan!!

Mungkin sebab semangat Rumah Wong terlalu kuat!!! Tugas orang lain dibereskan...., tugas sendiri diabaikan!

Apa-apa pun...
Esuk  dan lusa masih terpaksa memenatkan diri di padang.......

2 comments:

aza ni said...

salam cm
selamat turun padang,
cikgu...

Anonymous said...

salam cm. mana perginya ketua rumah yg bertanggungjawab memberitahu peserta dan membagikan nombor dan peserta2 yg mengambil bahagian, mana juga perginya pengurus peserta rumah wong ni. eh kalau semua mesti diuruskan oleh seorang guru matilah cm.... betullah spt. cm kata lalang tepi rumah sekat lutut..hehehe