Followers

Sunday, February 28, 2010

PBSM

lagi kisah sports day SIC
ada orang bertanya
'CM pandai ke pertolongan cemas, nampak macam mahir jerr??'
Ahaks!! Budak PBSM yang buat.. kita hanya mengarah & memantau!

bila diberi tugas sebagai guru penasihat PBSM, secara otomatik akan terlibat dengan pertolongan cemas.
Dan CM sentiasa cemas..... takut berlaku yang tidak diingini!
Kalau setakat cramp kaki & luka ibu jari, cik Google  pun boleh ajar.
( biasanya kes ni yang ramai masa hari sukan, dan ada yang saja-saja nak bermanja... )



Masa sekolah dulu, CM pernah masuk PBSM, tapi tak pernah lulus bila exam..sebenarnya tak pernah membaca nota .... masuk main-main jerr.. masa perjumpaan tak pernah fokus!!
Dulu, cikgu sentiasa pesan... asas pertolongan cemas penting. tapi kami main-main jugak...
Kesian cikgu... pernah ambil exam 20 orang.. tapi semua gagal!!

kemudian masuk pandu Puteri... tak ada exam!
pandai buat panggilan telefon guna public phone, dah lulus tahap satu, dapat satu lencana....
hahaha.. tersangat mudah berbanding PBSM!

Bila jadi guru PBSM baru tahu...
Orang lain bertugas mengikut acara sukan, tapi PBSM bertugas saat bermula acara saringan sehingga habis acara perbarisan & penyampaian hadiah.
3 hari tanpa rehat!!!


Kesian budak-budak PBSM...
dan kesian cikgu penasihatnya..he..he...
Penat belum habis lagi ni....


bersama anak-anak  PBSM  yang bertugas tanpa jemu....
kredit untuk anda semua!!

7 comments:

xiiinam said...

ckLah dulu pegang PBSM juga...sempatlah juga berkursus itu ini....



Tapi sejak kena pegang Taekwondo...tinggallah semua...

Dah sukan dah SIC...kami minggu depan...tengah panas pijar ni...

Ibu n Abah said...

CM,
saya cukup suka dgn PBSM ni. Masa sekolah dulu memang ada exam, dan kerana minat.. saya lulus sehingga dilantik jadi ketua/sarjan PBSM. Tapi.. kelemahan saya bila kena naik ambulan ikut ambil pesakit. Saya takut darah.. saya tak pernah ikut.. tp kita ketua, kita bg/hantar oranglain naik ambulan.. (konon bg peluang)

mohdandmeriam said...

salam cm. mak cik juga guru pasukan pbsm - penasihat yg tak tahu apa. kalau nak ajar ahli kan ada orang lain yg datang mengajar. kalau hari sukan ahli2 yg buat kerja ,guru hanya mengarah n memantau saja, senangkan...

TokNabe said...

Pernah anggotai PBSB..pernah buat pakaian seragam seratus lebih...tapi sempat pakai hanya utuk bergambar saja..haha.

cikgu_math said...

cklah>>penat sukan masa ni... budak letih.. cikgu penat!!

cikgu_math said...

ibu n abah>> mesti orang kata ketua mereka baik.. selalu beri peluang orang lain naik ambulans

cikgu_math said...

KakYam>> samalah kita tu...


tok nabe>> CM tak pernah ada uniform PBSM. hanya pakai uniform Puteri Islam. Lagi pun kami ada baju korporat untuk hari unit beruniform..