Followers

Thursday, February 11, 2010

Hari Ahad: Sesiapa yang tidak sihat dan memerlukan ke hospital, sila turun ke bilik gurr sekarang juga..
Hari Isnin : Perkara yang sama berlaku...
ramainya pelajar yang demam. hingga terpaksa dihantar  ke hospital dengan bas sekolah
dah tercatat dalam sejarah bila dalam bilik darjah 7-8 orang pelajar pelajar tak hadir  disebabkan tidak sihat!

Denggi???
H1N1???
semuanya negatif.... apa yang pasti adalah perubahan musim...
hujan.. panas silih berganti
mungkin menyebabkan organisma pembawa penyakit menjadi lebih aktif
dan badan tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan....

Hari rabu, CM sempat bersama pelajar diperhimpunan Pasukan Pakaian Seragam,
tetapi selepas itu badan dah mula rasa seram sejuk.... pening kepala & sakit seluruh badan...
Jumpa PK HEM, minta keluar untuk ke klinik... sempat fotostat bahan untuk ditinggalkan kepada pelajar.
Doktor bagi MC 2 hari, tapi CM minta hanya 1 hari sbb hari kedua dah hari jumaat!!

Alahai.... demam kali ini betul-betul menguji...
pening kepala..., sakit tekak, batuk dan sukar untuk bernafas....
sakit tubuh dan segala sendi...
CM tidur 24 jam... tak boleh nak buat apa-apa!!
Nasib baiknya... Farhani dah tiba dari Kangar untuk cuti hari raya Cina...
Dia yang urus segala tugas untuk ambil & hantar adik-adik kesekolah...

Masih lagi ada ucapan Alhamdulillah....
Dia Mengetahui segalanya.....

8 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

jaga diri baik2 kak!

=]

rumah kuning said...

cm dah ok ke? selamat bercuti.

Sally said...

Sally dah 3 hari flat!!huhu..depa kumpul budak2 demam kat bilik guru,,huhu..mana x jangkit.

TokNabe said...

Tengah musim panas kot.... badan kurang daya tahan sikit. Moga cepat sembut.

Lagu mana cuaca kelate lo ni.....cuti raya cina saya balik untuk dua tiga ari.

zino said...

cikgu sihat? .. memang ramai yg sakit sekarang ni..

cm said...

zara>> thanks..

rk>> alhamdulillah...okey sikit..campur dengan mood bercuti!

sally>> itulah... nasib baik dan cuti!

Toknabe>> musim demam ni.. biasa la musim raya cina ni..

Zino>> alhamdulillah.. dak sihat sikit ni,

Kakcik Seroja said...

Salam CM..

harap2 dah sihat sepenuhnya. Minggu lepas anak ke 3 kakcik, seminggu tak kesekolah sebab demam.. Alhamdulillah, sekarang dah ok. Risau juga kalau demama lama2 ni.. maklumlah.. mcm2 virus ada .. :)

aza ni said...

salam cm,
musim sekarang ni...