Followers

Tuesday, February 23, 2010

lain kumpulan, lain masaalahnya...

Esok dah mula acara saringan untuk sukan tahunan...
Hari Khamis adalah Hari Kejohanan Olahraga!

petang tadi, hingga 6.15, CM masih di padang sekolah...
Urusan pemilihan peserta belum selesai....
macam-macam masalah!!

Masalah budak besar...
semua acara tak nak masuk..
tak retilah... orang lain lebih terrorlah..1001 alasan!!
Dan masa pemilihan hanya beberapa kerat yang datang latihan!

Budak kecil lain pulak ceritanya...
Semua acara dia nak masuk!!
Bila di tanya: ' awak boleh lari pecut?' atau 'awak boleh lontar peluru??'
jawapannya: 'boleh, cikgu!'
Bila diberitahu kita dah ada peserta ..
Dia menjawab.'saya pun nak masuk , cikgu!
Bila di soal balik...' Masa latihan dulu, awak dengan dia, sape yg lebih laju?'
Tahu pulak dia jawab.. 'Saya tak datang masa pemilihan... tapi saya juga boleh lari cikgu!!"

Aduh...... akhirnya cikgu yang lembik kepenatan!!

5 comments:

CIKGU NAMAN said...

esok sukantara,lusa tulat saringat..sabtu hari sukan..hehe

dhla selesema tiba2..;)

Unknown said...

saya pun budak kecik
masa sekolah macam2 sukan nak masuk....ha..........

Ibu n Abah said...

Cikgu,
masukkan nama saya sekali cikgu..
(teringinlah pulak masuk lumba lari..)

Anonymous said...

salam CM. memang mencari calon2 untuk acara sukan memenatkan, kita nak cari yg boleh dan terbaik untuk pasukan kita tapi yg nak mewakilinya pula hanya tahu buat saja, manalah pasukan kita nak jadi johan.itulah cabaran dan penatnya menjadi seorang guru.

cm said...

naman>> selamat meletihkan diri ye!!

jinggo>> sekarang ni, semua acara boleh ajar budak.....Kan?

Ibudanabah>> sialakan... masih ada kekosongan lagi ni...

makcikYam>> cikgu-cikgu tahulah ....