Followers

Monday, February 15, 2010

ini sudah kali ke4

Malam tadi sekali lagi!!!
Kali Ke empat dalam tahun 2010!
Membuat hatiku sangat MARAH...
Kalaulah dapat si bedebah tu... habis nafasnya aku kerjakan!!!
Dalam banyak-banyak rumah disini Rumah ini yang menjadi tumpuannya...

Baru sebentar pegawai penyiasat IPD Kota Bharu datang siasat
dan bertanya...
Ada Akak syak siapa-siapa???
( Tak ada...... )

Dalam sebulan setengah ni..
dan 4 kali dia naik rumah CM
Dia dah kebas  RM 2000++ , satu laptop dan sepahkan kereta berserta  rumah...
Memang tak boleh dimaafkan!!

Sama-sama lah kita berdoa
semoga dia akan sedar dan menyesal
dan CM tidak lagi menjadi mangsanya

11 comments:

Ibu n Abah said...

CM,
cuba bacakan yasin... mudah2an dia pulangkan barang2 yang dicuri tu...
Manalah tahu... berkat baca yasin seisi rumah, mahu dipulangkannya pulak nanti... Kita minta dengan Allah....

Kakcik Seroja said...

Salam CM...

Kakcik pun setuju dengan saranan Dik Mah tu.. tak pun buat sembahyang hajat..

Kakcik Seroja said...
This comment has been removed by the author.
cm said...

Ibu n Abah>> InsyaAllah..
sebelum-sebelum ni pun hanya itulah senjata kita.

kakcik>> insyaAllah . Semoga Tuhan permudahkan,

aza ni said...

salam cm
semoga cm mendapat gantian kebajikan berganda ganda..

cm said...

azani>> InsyaAllah... semoga Allah menggantikan yang lebih baik!

Anonymous said...

salam cikgu maths. bersabarlah dengan dugaan ni. mak cik juga pernah mengalami perkata yg sama dulu. mak cik pujuk hati ni , itu bukan rezeki mak cik.insyallah banyak berdoa dan Allah akan melimpahkan lagi rezeki pada cikgu maths.selamat berkenalan.

adie said...

cuba berfikir sejenak naper rumah CM selalu menjadi mangsa. adakah kerana rumah CM dalam keadaan yg memang mudah utk ditarget. selain berdoa dan bertawakkal, kita juga perlu berusaha dlm bentuk lain tuk mengelakkan perkara sebegini dari terus berlaku seperti memasang alarm atau CCTV .

cm said...

MakcikYam>>
itulah... tapi dah banyak kali sangat!

MrPB>> tu yang dok fikir ni... mungkin dia tahu rumah CM tak ada orang lelaki dewasa...
dan sekarang mungkin terpaksa letak juga cctv

the life of cikgu sue said...

CM
Ya Allah bila pulak kejadian tu?.
Kena buat perangkaplah nampaknya.Kadang-kala kita kena jugak beritahu pihak polis siapa yang kita syak sebab pihak polis boleh link dengan kes-kes yang lain.

Bersabarlah dengan musibah ini.

cm said...

cikgusue>> orang sambut tahun baru cina.. dia pun beraya jugalah...Hari Ahad malam isnin.