Followers

Thursday, December 10, 2009

Kuala Terengganu.....

Alhamdulillah...
sudah selesai 3 hari bermesyuarat pemilihan pelajar ke SRK JPN Kelantan di Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu.
Tahun ini banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan! Daripada 5-6 hari berkampung di hotel sebelum ni, dipendekkan menjadi 3 hari, dan daripada 6 orang ahli bagi setiap sekolah pada tahun-tahun  sebelum ini dikurangkan menjadi 2 orang sahaja.. Terima Kasih kepada Unit ICT Jabatan Pendidikan Kelantan yang memudahkan kerja-kerja kami semua..

CM bertolak kerumah bonda pada petang selasa, tinggalkan semua anak-anak dan bertolak ke Kuala Terengganu pada pagi rabu. Pada petang tu, tiba-tiba Akiff telefon.. kata nya dia dah dirumah... balik dari Asrama sementara menunggu paper yang seterusnya.
Alahaii... kesiannya... terpaksa duduk sorang-sorang kat rumah!
Walau pun dah diberitahu, dan dia berjanji tak akan balik selepas paper kimia, tetapi dia boleh lupa!
Nasib baik ada kunci rumah!!

So, selapas mesyuarat tadi, CM terus bertolak pulang, singgah rumah bonda ambil anak-anak dan terus balik KB. Tan sempat nak round bandar KT pun.

Kuala terengganu adalah tempat lepak CM dulu... belajar di SESMA dari form 1 hingga matrikulasi, dan outing setiap minggu. Tetapi hari  ini Kuala Terengganu seperti bandar yang belum pernah CM pergi..... nasib baik tak sesat..
ingatkan nak contact member lama.... Jie, Dini, Jah, fabilah.....Oh.... tak sempat!!

12 comments:

laki cikgu kimia said...

kesian Akiff.. x apelah selesa die mengulangkaji..

aza ni said...

salam cm,kt memang berubah,last trip kr paka saya langsung ke kt, jauh betul rupanya dari masa saya bln madu dulu...sekarang lagilah ...

Kakcik Seroja said...

Salam CM..

siapa kata senang jadi cikgu, kan? :)

Iskandar Ab. Rashid said...

Semoga Akiff score yang terbaik untuk nya.

Sally said...

K.Zan..
nama Iman ada tak d SIC?

Guru said...

assalammualaikum

bertugas demi negara...moga diterima Allah sebagai bekal nanti...

cm said...

Am>>
selesa ke tak selesa.... dah terpaksa!

cm said...

Azani>>
dah hampir 30 tahun ditinggalkan... mana tak berubah!

cm said...

Kakcik>>
nasib cikgu... insyaAllah ada bahagian lain, kan kak cik?

cm said...

Iskandar>>
insyaallah... berkat doa semua

cm said...

sally>>
Kakzan minta maaf banyak-banyak... tak dapat nak membantu... nanti kita bincang cara lain...InsyaAllah!

cm said...

KLC>>
InsyaAllah.. semoga berkat!!