Followers

Saturday, February 21, 2009

nostalgia.....saat paling sedih dlm hidup

dah 3 hari aku tak sihat, batuk dan selsema, tak tahu nak buat apa...
petang semalam ajar math irfan & Fairuz...kesian budak-budak tu, sekejap-sekejap aku batuk, dia orang dengar je lah..
petang ni tunggu anak Kak Yoh, nak ajar apa tak tahu lagi, apalagi kalau batuk macam ni...

Bila dah duduk saja-saja macam ni, teringatlah kisah-kisah dulu..

23 sep 2006
hari tu adalah hari sabtu biasa, aku ke sekolah kerana hari persekolahan ganti.Dlm pukul 12 tengahari aku dan kak Muni pergi ke PPD nak ambil soalan latih tubi PMR drp Cik Zakiah, jumpa kak Azizah Mamat. Hoi....berbual panjang & bergelak ketawa sakan kami hari tu.

pulang dari sekolah lebih kurang 4.30 pm (aku memang pulang lewat, sbb siapkan kerja seolah dulu), aku pergi hantar Hanie tuisyen . Bila balik rumah, nampak kereta Mak Long (kakak iparku yang sulong) dan bibik depan rumah. Bila aku berhentikan kereta, bibik terus ambil Adam dari dalam kereta sambil menangis.
'kenapa?' aku tanya mak long
'zan sabar ye' itu yang dijawabnya
'kenapa?'aku tanya balik
'Lan accident, skrg di hospital' aku panik, tetapi okey lagi bila dengar dia di hospital
'Hospital mana?' dalam hati dah seribu macam persoalan
'Yala, Abang Sir dah pergi pagi tadi' katanya (Abang Sir adalah abang kepada suamiku)
'Lan macam mana? teruk ke?' dalam fikiranku kalau teruk pun agak sukar untuk aku ke hospital Yala, thailand dengan tidak ada passport
dia terdiam seketika, kemudian berkata 'Lan dah meninggal'
Oh Tuhan.....aku terduduk disitu, ditepi tiang rumahku, bersebelahan dengan kereta DAS 188 (sekarang ni dah tak ada : jual). air mata usah dicakap...
kemudian aku tak ingat apa yang berlaku...mungkin dia tarik aku naik atau aku naik sendiri ke dalam rumah.
Yang aku ingat dia kata' Abang sir suruh telefon Hj Husham utk urusan bawa balik Jenazah'
first thing yang aku buat ialah call mak aku, dan dalam keadaan sebak dengan air mata, hanya 4 patah perkataan aje yang keluar 'mak, Lan dah meninggal, accident!'
kemudian dia terdiam dan aku pun tersenyap sehinggalah telefon ku di ambil oleh mak long. dia yan menerukan percakapan.
bila aku dah okey sedikit, aku call lagi mak suruh uruskan Kak Ah, anak sulongku yang belajar di UNITEN Muadzam Shah.
Lepas tu Mak Long balik untuk uruskan gali kubur, mandi mayat , etc.
tinggallah aku sorang-sorang kat rumah.
Dalam air mata yang tak pernah kering, aku telefon Hj husyam beberapa kali, tetapi tak dapat, so aku telefon adiknya Ustazah rihan suruh dia maklumkan.
Kemudian aku beritahu tentang kematian ini kepada anak-anak yang ada kat atas rumah, masa tu yang ada akiff, naseef & aliaa. masing-masing tak nak percaya, ada yang tanya abah teruk ke? Ohh... betapa sukarnya untuk aku menyatakan abah dah meninggal!!
Anak-anak yang kecil masih bermain dengan riangnya di kawasan rumah! dan akhirnya mereka mengetahi daripada kakak dan abangnya.
Dalam keadaan panik dan sedih, Tuhan gerakkan hati aku untuk telefon Ustazah Mazuraini. Dia yang banyak membantu kerana suaminya adalah kawan arwah suamiku.
Tak sampai sepuluh minit kemudian, wakil Hj Husyam datang bertanya khabar, orang yang kedua ialah Dato Anuar Tan. Dan sebelum maghrib kereta dah memenuhi di hadapan rumah. Tapi apa yang mereka boleh buat... Jenazah masih belum sampai.
Aku boleh terlupa yang Hanie masih berada di kelas tuisyen dan belum mengetahui apa-apa, tetapi nasib baik suami cik gu roswatee ( dia sudah mengetahuinya ) tolong ambil dan hantar kat rumah. (Hanie yang paling last tahu)
pada waktu malam, rumahku sudah penuh dengan keluarga dan kawan-kawan. aku hanya menunggu dengan fikiran kosong. semua kerja orang lain yang uruskan. Dua tiga orang pemberita sudah menunggu. sempat aku jawab dua tiga soalan daripada mereka.
air mata sudah berhenti mengalir pada waktu tu, tidak seperti waktu petang. mungkin sudah kering, atau aku sudah boleh menerima takdir ...
Dan anehnya aku juga tidak lapar walau pun hanya makan di waktu pagi di sekolah. Mona beriya-iya suruh aku makan, tetapi mulutku tidak dapat menerima. tetapi akhirnya dia berjaya memujukku untuk menyuapkan nasi ke mulut memikirkan esuk adalah hari pertama berpuasa.

Jenazah tiba dalam pukul dua pagi. Aku hanya melihat dari jauh keranda dibuka. Dia masih memakai baju kemeja berwarna biru dan seluar hitam tetapi sudah di penuhi oleh tompoh darah. Ramai yang membantu tukar pakaiannya tetapi satu pun tidak ada di dalam ingatan kerana pada waktu itu aku hanya melihat dengan otak yang kosong. Kepalanya masih mengalirkan darah walau pun dia meninggal hampir 24 jam yang lepas (accident berlaku 1.30 pagi)
malam itu sepanjang malam aku berbaring dihujung kaki jenazah dengan tanganku memeluk kakinya. beberapa kali aku disuruh untuk tidur di bilik, tetapi aku menjawab aku bukan nak tidur, kerana sememangnya aku tidak berniat untuk tidur.
Mungkin melihat keadaanku menyebabkan orang lain menjadi sebak, aku tidak pasti.... aku hanya meninggalkan jenazah bila Dato Anuar Tan datang untuk membacakan Yassin (masa tu belum masuk waktu subuh ). Aku menghormatinya kerana dia adalah boss suamiku dan EXCo kerajaan Negeri.
Selepas subuh, jenazah dimandi dan dikafankan. Jenazah disembahyangkan pada jam 8.00 pagi berimamkan Tuan Guru Hj Ni Abdul Aziz. Lebih 100 orang yang datang, termasuk kawan-kawan ku dari SIC.
Di Kubur sekali lagi jenazah di sembahyangkan kerana ramai yang tidak sempat melakukan semasa dirumah. Dan mengikut anak lelakiku, jumlahnya mungkin hampir 100 orang.

Sudah hampir 3 tahun ia berlaku, tetapi kadang-kadang ia datang tanpa diundang ke dalam minda bagaikan semalam berlaku. masih terbayang diruang mata dan terdengar-dengar dicorong telinga.
Tapi yang nyatanya Tuhan kurniakan kehidupan hari ini tanpa ada bayangan kisah itu, kerana kami sekeluarga hidup sebagaimana orang lain...ceria dan gembira!

4 comments:

Anonymous said...

dah lama cuba lupew hal nie...
tapi hari nie igt balik..
tk dpt thn airmata..huk3x...
umi..sbrlah yea...
ALLAH ada n alwiz tlg kite...

Sally said...

..speechless..

the life of cikgu sue said...

kehilangan adalah satu penderitaan.semakin lama kita akan semakin terasa dengan kehilangan itu.Tetapi ingatlah anak-anak adalah penyambung kasih buat yang hilang.Be strong.Allah maha mengetahui segala yang bersarang di dalam hati kita.

thegame. said...

memang sedeyh..
tapi byak2 la bersabar..
penah dlu de dgr org ckp yg ujian Allah bukanlah untuk menyusahkan, tetapi ujian untuk menentukn samada manusia percaya kepada apa yg diturunkanNya..