Followers

Sunday, April 04, 2010

sebab masa terlalu lapang????

30 Mac hingga 3 April 20101.....  5 hari bercuti, tapi satu apa kerja pun tak buat!
Malam tadi baru sibuk buat enrolmen untuk bulan Mac...itu pun sbb hari ni dah mula sekolah!

 Ini kisah semalam....
Sudah beberapa lama kusyen tempat lepak budak-budak menonton tv koyak! dah banyak kali mahu dibuang..., tetapi bila dah menjadi seperti bantal busuk, masing-masing tidak mahu ditukar..... masih selesa lepak-lepak dengan kusyen yang ada!
CM pernah tanya tempat jahit sarung kusyen, dan harganya disekitar RM 450.... bergantung kepada material!
Huh!! tak padan dengan sofa yang umurnya dah lebih satu dekad... Yang layak untuk diletak di dalam garaj kereta!!


Berbekalkan dengan gunting, tali inci, kainlangsir lama yang dah luntur warnanya dan mesin yang jarang-jarang disentuh, CM mencuba... mengukur, menggunting  dan menjahit apa yang patut!

Dan hasilnya..

ruang lepak anak-anak dah bertukar warna.. dari hijau pekat kepada putih hijau dan putih biru... Dan almari CM juga semakin longgar dengan barang-barang lapuk yang tak berfaedahn tetapi nak dibuang sayang!!

Satu sofa yang masih belum berganti... entah bila akan ditukar sarung nya!!!


Ini hasil kerja dari waktu zohor hingga maghrib.........satu-satunya hasil yang dapat disentuh  dan dilihat semasa lima hari bercuti!!

12 comments:

chekgu BaniHassim said...

oke la tuu...jimat ape...
bukan semua org pandai + sanggup + rajin mcm CM...
hehehe

bravo...!

TokNabe said...

Memang sayang nak dibuang, kalau pandai m'ubah sikit... cantik jadinya.

mohdandmeriam said...

salam cm..satu idea yg kreatif n tidak membazir...makcik juga banyak benda2 dalam almari yg sayang nak buang ..tapi mak cik tak sekreatif macam cm lah..

rumah kuning said...

wow...selamat RM450.hehehe

sonata anak kancil said...

okey la tu.....saya rasa la...cikgu2 kan --- banyak mende yang semuanya sayang nak dibuang - even kertas seklai pun! saya pun banyak jugak....bagus yang CM dah buat tu...jimat-jimat!!!

pB said...

salam Kak Zan


untung kalau pandai dan rajin menjahit....

pB pandai 'upoh orghe jah'

Cikgu Adham said...

salam... adeiii heh heh mantap cikgu,.. sambil2 dok saja jah deh.. buleh hasil yg mantap

cikgu_math said...

chekguBH>> he..he.. kreatif...sebelum dibuang!!

Toknabe>> cikgu sebenarnya pandai semua... tak ada masa jerr.. betulkan!!

MakcikYam>> kita kalau berkemas, hampir separuh yg dah tak berguna..tapi masih disimpan!

cikgu_math said...

rumahkuning>> jimat... tambah sikit lagi boleh beli sofa baru...

SAK>> erm.. sehingga tak boleh digunakan... buang lah jawabnya!!

Adham>> semua nak buat... cuba-cuba dulu...dan hasilnya okeylah jugak..

cikgu_math said...

pB>> bukannya pandai pun...
tapi upoh buat kesyen sofa tu mahal sangat... terpaksa jadi kreatif.. kalau tidak, ke dalam lori MPKBlah sofa tu..

~ yus ~ said...

bravo..

xiiinam said...
This comment has been removed by the author.