Followers

Monday, April 05, 2010

cikgu rindu nak mengajar.... nak habiskan sukatan!!

dari awal februari..... syllabus tidak bergerak... masih di dalam topik 5
sedangkan masih ada 8 topik lagi untuk diselesaikan, dan masa yang diberi untuk menyelesaikan sukatan bagi kelas peperiksaan adalah sehingga bulan mei 2010!!
 5 minggu lagi untuk 8 topik???
Masuk gear 5 dengan halaju 150 km/jam pun belum tentu dapat habis, apalagi terhegeh-hege dengan kelajuan 10 km/jam, diiringi dengan 1001 program sekolah...

awal februari.... segala jenis acara sukan, pagi petang pelajar bersukan...
dan berakhir dengan minggu exam, sukatan hanya bergerak terlalu sedikit!

sekarang dah masuk minggu ketiga selepas cuti... sukatan masih belum berganjak!
Minggu pertama selepas cuti adalah minggu penghayatan Islam, kemudian sibuk dengan mesyuarat agung PIBG,
semalan pelancaran Tabung Kebajikan Pelajar...
dan hari ini pula Pelancaran  Minggu Bahasa!

Semoga selepas ini tidak ada sebarang gangguan untuk habiskan sukatan  yang sudah tertangguh lebih satu bulan daripada perancangan asal!!

7 comments:

Yunus Badawi said...

Bagi pelajar2 yg tak minat matematik 10km/j tu lah yg mereka suka. Senang nak ikut hehehe

cikgu_math said...

YB >> yeah... mereka sangatttt suka hati... banyak program, belajar pun kurang!!

sonata anak kancil said...

sama la CM dengan sekolah saya....lebih2 lagi sekolah sy ni sbelah Jabatan...kalau untuk persembahan muzik...sekolah sy lah yg diambik...sentiasa sibuk..baik cikgu , budak jugak!

zino said...

kalau pakai turbo nanti ramai yg tercicir pulak cik gu.. hehe

cikgu_math said...

zino >> tak pakai injin turbo pun dah ada yang tercicir... dia orang tak tekan minyak pun.... mengharapkan dari lajak orang lain...

kakpah said...

kenalah terkejar-kejar nak habiskan sukatan. Hongeh jugak tu cikgu...

cikgu_math said...

SAK> Kita serupa... duduk sepagar dengan PPD.

kak Pah>> dah lelah ni...