Followers

Friday, April 09, 2010

cerita kereta...

setiap kali masuk kereta ., pasti akan terpandang satu nota kecil yang diltampal oleh pusat servis disudut kanan cermin depan.
'servis seterusnya adalah pada 28/12/2009 atau 50478 km, mana-mana yang terdahulu!
 CM hanya perasan angka-angka yang tercatat pada dua minggu lepas, iatu selepas 3 bulan dari tarikh yang diberikan dan bacaan meternya  sudah menjangkau 53+++  km.

Relaks jerr.... CM call puat Servis, booking tarikh,
tetapi betapa sibuknya seorang 'cikgu'....
dua hari selepas tarikh tersebut, barulah teringat semula yang kereta perlu diservis!!!
Dan terpaksa booking tarikh lain....


Sehari selepas booking tarikh baru, kereta dah mula buat hal!
(Kata orang kereeta pun boleh merajuk kalau kita tak pedulikan dia...)  
tersenyum sendiri bila mendengarnya!
Setiap kali tekan brake ," ia menghasilkan bunyi yang pelik!! Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..."
Agak menakutkan bagi CM yang buta pasal kereta.....

Telefon sana, telefon sini, tanya orang tu, tanya orang ni.... dan jawapan kepada bunyi tersebut adalah brake disc....
tetapi banyak versi pula respon yang diterima;
ada yang kata bahaya.., sbb ia melibatkan brake.
ada yang kata ok, tapi tak boleh  berjalan jauh...
dan ada yang kata kalau tak tukar terus, nanti rosak banyak.... mahal untuk dibaiki!!
....Semuanya menyebabkan CM rasa seram untuk drive... takkan nak berjalan kaki kesekolah kut!

Nasib baik esuk & lusa cuti hujung minggu...
boleh rehatkan kereta seketika sebelum dihantar servis minggu depan...

Bahaya ke kalau  guna juga kereta dalam masa seminggu ni???
Boleh tolong jawabkan siapa yang tahu!!!

14 comments:

xiiinam said...

Salam...



ckLah ni..tau bawak je


:)

n@m@n said...

sabtu ni LADAP..hoho

saya pun tak berapa reti sangat CM..hehe

kakcikseroja said...

Salam CM..

lamanya kakcik tak singgah kat sini..

kakcik bab-bab kereta ni, tahu numpang je! :)

cikgu_math said...

CkLah>> at least tau bawak...

naman>> selamat berLADAP. Sekolah CM tak ada lagi....

Kakcik>> tq sbb singgah....dah sihat ke?

TokNabe said...

bab ni kena tanya pomen kereta... baru pasti. :)

cikgu_math said...

pomen kereta tak ada kat sini... semuanya pomen komputer.. he..he..

a kl citizen said...

saya pun cuma tahu tekan minyak dan pegang steering je...

zino said...

rasanya break pad nya dah haus.. perlu di ganti.. kalau nak drive kena lah selow je.. jangan rempet..

Aida Ali said...

Salam kenal. Saya pun tak paham pasal kereta ni. Tau bawa je.

laki cikgu kimia said...

brake pad kot Cm. tukar la. :D

AZANI said...

salam cm
bergantung pada jarak harian cm juga kelajuan cm,bila brakepad habis disc akan mula tercalar, kalau calarannya sikit boleh di licinkan balik disc tadi,nasihat saya ganti pad secepat mungkin.sebab metal to metal contact cengkaman brake kurang effektif.

Daddy Cool said...

Tak de mende tuh, brake dist kena skim balik, itu jer.

Nanti CM tak yah la pecut sangat, rilek-rilek je bawak keta tuh!

thegame. said...

salam cikgu norizan..
dgr citer xsihat?
hope sume ok je..

cikgu_math said...

Zino, Am, Azani & Daddy>> Thanks..
kata orang belajar dari pengalaman!

Aida Ali>>
Terima kasih kerana singgah..

Thegame>> Lama tak dengan khabar..
alhamdulillah...dah okey dah.. TQ.