Followers

Friday, January 01, 2010

sedih... sambut tahun baru!!

CM sambut tahun baru dengan berita tak baik.....

Semalam kami sekeluarga balik rumah bonda, hantar Kak Ah. Dia akan ke KL dengan cousinnya...
CM tinggalkan 2 orang anak bujang kat rumah.

Pagi tadi, sampai jer kat rumah....
'umi...ada orang naik rumah.. habis duit Akiff 500.00.'
'Lap top umi ada?"
'Akiff tido bilik umi. Dia tak masuk bilik umi. Dia masuk bilik Akiff jerr. Agaknya dia tahu ada orang dalam rumah'


Kesian Akiff.... baru ambil duit drp tabung haji untuk belajar kereta, dah kena kebas!!

Sekarang dalam rumah dah tak selamat, luar rumah lagi tak  selamat.... mana lagi ada tempat yang selamat.
Untuk pencuri... pilih lah rumah yang sesuai kalau nak masuk.... jangan pula masuk rumah ibu tunggal anak sembilan ni. Kita orang mana ada harta lebih!! hu..hu..

apa-apa pun, dah tak ada rezeki bahagian itu. Nasib baik dia orang tak geledah semua bilik!
Masih ada ucapan Alhamdulillah!!

sejarahnya... CM sambut tahun baru dan birthday CM ( besuk birthday CM ) dengan berita yang tidak gembira
esuk dah mula berkerja..... pendaftaran pelajar tingkatan satu. Mana ada cuti tahun 2009 ????

20 comments:

Sally said...

CM,

masyaAllah..siannya la haiii..namun like u said sis, masih ucapkan lah alhamdulillah kerana 'harta' yg sebenar2nya iaitu ur son is unhurt, mujur dia tak di apa2kan..sabar lah sis, akan ada rezeki yg bakal mengganti kehilangan itu..

Unknown said...

cgu - sabar ajalah semuga kita dipermudahkanNya yg lain2...

ummi ida said...

Salam ziarah.Sy turut brsimpati ats apa yg trjd.Tabahkn hati krn perlu mnghdpi thn baru dgn dugaan sebgni.

TokNabe said...

Tak boleh buat apa2 lg...bersabarlah. Alhamdulillah orang tak dipengapakan.

Guru said...

assalammualaikum cm

alhamdulillah akiff selamat ya.
harta boleh dicari, nyawa tiada galang gantinya.

insyaAllah ada benda yang lebih baik akan Allah beri sebagai ganti. saya doakan begitu.
dan selamat hari lahir.

CIKGU NAMAN said...

Ya Allah...

tp alhamdulillah penghuninya selamat..

Tumpang simpati CM..

Ibu n Abah said...

CM,
Setiap kesulitan yang kita alami adalah ganjarannya kemudian nanti. Kalau saya, saya redha hilang duit asalkan saya sihat seperti dulu - tak perlu dialysis..
Kita ni diduga dengan berbagai cara...

cm said...

sally> dimana-mana pun, pasti ada mujurnya.Alhamdulillah!

Jinggo> IsyaAllah, rezeki lain menanti di depan

cm said...

Ummi Ida>> Tq
dan terima kasih krn sudi singgah

Toknabe>> terima jerlah ujian tuhan

cm said...

KLC>> Alhamdulillah.. dia pun tak sedar, bangun pagi baru tahu bila nampak pintu & tingkap terbuka.

naman>> ya..alhamdulillah.

cm said...

Ibu n abah> ya..kita diuji dalam banyak perkara.

HASNAH said...

Salam simpati wat CM..
Anyway, hepi besday..
semoga beroleh kesejahteraan
& kebahagian, Insyaallah !!

sonata anak kancil said...

Turut simpati dengan kejadian tu.
Yang penting nyawa masih berdenyut lagi....

Selamat hari lahir - semoga terus ceria

miss ahjumma said...

dugaan...

Unknown said...

Al-Hamdulillah...
Tiada kecederaan dan sebagainya... Allah menguji orang yang mampu diuji olehnya... rezeki yang secupak itu akan diganti dengan segantang.. insya Allah

aza ni said...

salam cikgu,
selamat ulangtahun,
semoga Allah gantikan musibah dengan kebaikan berganda ganda,dunia dan akhirat.Ya Allah kau kurniakan kekuatan dan kejayaan kepada saudara ku ini, berkatilah dirinya dan keluarganya,gantikan kesedihannya dan mereka dengan kegembiraan, tetapkanlan imannya dan mereka,naungilah dirinya dan mereka dengan naungan Mu Ya Rahman Ya Rahim....Amin.

anismi said...

Nasib baik tak banyak lagi benda yang hilang...agaknya pintu tu tak terkunci kemas kut... lepas ni kena repair abis mana2 pintu..mungkin pada masa akan datang lebih selamat... sian kat akiff... moga ada rezeki yang lain ..insyaallah..

cm said...

Ustaz>> Alhamdulillah.. nasib baik duit tu ada dalam bilik yang tak ada orang.. kalau tidak..tak tahulah!!

Azani>> Terima kasih...kadangkala musibah menimpa untuk menguji......

Anismi>> Agaknya dia dapat duit terus blah... tingkap sebelah pintu yg tak berkunci.. dia buka tingkap, kemudian buka pintu dari luar!

ckLah @xiiinam said...

Tak sangka kita berkongsi tarikh lahir ya CM....sempena hari jadi kita, marilah kita bergumbira.....dengan kerja!
:)

cm said...

cklah>> Yup...bergembira dengan kerja yang tak pernah habis...