Followers

Monday, October 19, 2009

kemana ia menghilang.....

Dua minggu lepas, CM ke rumah bonda,
kakak daripada Perlis balik kampung ( hari raya baru-baru ni suaminya tak dapat cuti, dan kali ini baliknya sebagai ganti )

Baliknya bersama penapis air Bio Aura... dah lama dia minta CM menggunakan penapis air ni... akhirnya terpujuk juga!!

Semasa mahu pulang, Bonda masukkan kotak Bio Aura ke dalam Bonet kereta, sedangkan barang-barang lain CM hanya letakkan pada seat belakang Avanza kami.

Bila tiba dirumah seperti biasa bibik mengangkat semua barang...

dan selepas dua minggu.... pagi semalam....

'bibik, kat mana bibik letak penapis air?'

'penapis air apa?'

'kotak yang ambil kat rumah mak minggu lepas..'

'tak ada pun....saya tak bawa naik kotak.... saya hanya ambil kain baju'

'????"

CM cuba check semula dalam bonet kereta, walaupun 200% pasti ianya tak ada disitu...dah beberapa kali bonet bereta tu telah di isi dengan benda lain selepas itu!

Kemana ia menghilang??
Siapa yang 'mengambilnya'

Alahai..... bayar pun belum lagi... barangnya sudah hilang
harganya??? dekat separuh gaji bulanan CM..

bila Allah nak tarik rezeki.... dalam satu saat saja boleh berlaku...
Redha sajalah....
pasti ada hikmah disebaliknya!
(ayat memujuk diri yang paling baik....)

4 comments:

Muallim Adham said...

slm..
waw hilang begitu je erk... huhuhuhu mahal tu..
walau bagaimanapun Allah maha adil.. pasti rezeki kita akan digantikan dengan sesuatu yg lain... yg ptg kita redha

TokNabe said...

Bukan hilang tapi rasanya tertinggal tu... kena cari point terakhir sebelum sampai rumah.;)

Guru said...

assalammualaikum

pelik lah pulak... tercicir kat mana2 kut

cm said...

Adham>>
semoga begitulah...

Toknabe>>
memang tak singgah mana-mana, terus sampai kat pintu rumah...

aklc>>
rasanya ada orang ambik dari dalam kereta....
kereta CM tak pernah berkunci dalam kawasan sekolah.. sedangkan kawasan tu tempat orang keluar masuk bila ada padang digunakan... tak tahulah...