Followers

Friday, September 21, 2012

cikgu ... (2)



Beruntunglah  ibu-ibu yang mempunyai anak yang baik….
Baik dimata ibu bapa, baik di mata guru dan baik dimata masyarakat!

Masaalahnya sekarang, ramai ibubapa yang nampak anaknya baik dimata mereka, sedangkan dimata guru dan masyarakat adalah sebaliknya.
Mereka akan  menyalahkan guru bila mereka dipanggil kerana anak-anak bermasaalah terutamanya bila terlibat masalah disiplin dan masaalah  sosial  .
Alasannya  mudah:  “Rasanya cikgu silap…. , anak saya  budak baik… tak ada masaalah langsung di rumah!”

Jadi Ibu bapa diluar sana…
buatlah spot check sekali sekala… intai dalam beg sekolah takut-takut  ada kotak rokok… atau CD yang pelik-pelik…
Intiplah  jarang-jarang  dia keluar  ke mana….dengan siapa….. walaupun sudah diberitahu..
Kerana anak-anak remaja sekarang sangat pandai berlakun!!

 CM juga mempunyai anak yang sedang membesar, dan kadang-kadang risau bila memikirkan mereka kerna tugas guru daripada pukul 7.00 pagi hingga 5.00 pm... meninggalkan mereka bersama guru-guru mereka!

Tetapi CM percaya kepada guru-guru mereka, kerana  sesiapa yang bergelar pendidik tahu tanggungjawab kita...
Prinsip CM mudah... jika kita ikhlas mendidik anak orang lain, Insyaallah Allah akan membalasnya kepada anak-anak kita, walaupun sebenar kita telah mengabaikan mereka seharian....

Dan CM bersyukur sangat kerana  meletakkan diri  di alam  pendidikan… walaupun jutaan cacian dan hinaan dilemparkan, CM cuba ikhlaskan hati  mendidik anak orang, supaya  anak-anak kita juga dididik dengan ikhlas oleh cikgu mereka !!!

6 comments:

Anonymous said...

mak ayah saya tak pernah anggap saya baik pun. susah jugak kadang2 kan, menangkan anak.

Neeza Shahril said...

bagi neeza kan, masalah ni bermula di rumah. Kalau ibu bapa jenis yang suka sorok2, anak2 pun jadi macam tu. Depan baik, belakang Allah saja yang tahu... jadi, untuk neeza dan yang lain-lain sebagai ibu bapa, kita kena tunjuk tingkah laku yang baik depan dan belakang. Barulah anak2 ikut...

cm said...

rapunzeel> kadang-kadang perlu juga.. supaya dia lebih confident, tetapi jangan keterlaluan...

cm said...

neeza>> kan?? tapi nak jadi contoh yang baik tu susahnya....

mademoiselle azieshakespeare said...

lagi 'best' bila ada yang melepaskan tangan kat cikgu2,

cm said...

Azie>> haha.. ada ke??? rasanya jarang-jarang adalah kut!!