Followers

Thursday, September 20, 2012

cikgu.... (1)

CM terbaca  satu entri yang berkaitan dengan profession perguruan, iaitu guru kita tak (dapa)t buat kerja.
Bagi CM, masalah di situ hanya 50% daripada yang dihadapi oleh guru-guru di Malaysia, apalagi bagi guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang aktivitinya tidak pernah habis dari januari hingga november! ditambah dengan program PPD dan JPN yang menumpang venue, dan program politik yang tak pernah putus-putus...

Masalah utama adalah pelajar!!!
Guru boleh mengatasi masalah masa untuk habiskan silibus, dengan kelas tambahan petang, kelas malam dan kelas hujung minggu, tetapi kalau 3 kali khatam pun, bila pelajar menolak untuk belajar, tak ada apa yang boleh disumbangkan oleh guru!

kerja rumah tak pernah buat....
setahun hanya beberapa kali buku dihantar untuk disemak...
cikgu mengajar tak ada tumpuan...

Dan beruntunglah guru-guru yang mengajar disekolah yang tidak banyak masalah disiplin.

4 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

tu la cabarannya. saya mesti tak leh jadi cikgu, sbb jadi cikgu takleh dendam. kena sabar byk. good luck cikgu...

Neeza Shahril said...

neeza pun heran jugak dengan budak2 sekarang. Mereka macam tak kisah nak buat homework. TIme neeza dulu, takutnya kalau tak siap homework sebab takut kena denda. Masa tu memang takut. Sekarang ni rasa appreciate apa yang cikgu2 buat....

cikgu_math said...

Rapunzeel Cikilolo>> hehe.. tapi kadang-kadang bila berada dengan budak-budak boleh hilang stress... esp bila masuk kelas yang baik dan budak bijak!!

cikgu_math said...

Neeza>> Bukan semua!!! tapi yang sedikit itu yang mencabar kesabaran guru!!