Followers

Thursday, March 17, 2011

Cuti yang tak cuti...

Hari Jumaat cuti bermula tetapi CM terpaksa mengisi slot  Kelas tambahan pada pagi jumaat... kemudian terus memecut kereta ke rumah bonda untuk menyiapkan barang hantaran anak buah CM yang akan kahwin pada 13hb. Kali ini terpaksa meninggalkan Naseef, Iqah dan Wawa di rumah kerana masing-masing mempunyai kerja  dan kelas tuition.

Pagi Sabtu balik semula ke Kota Bharu untuk mengambil anak-anak yang di tinggalkan.... masih sempat ke supermarket mencari hadiah kahwin sebelum balik semula ke rumah bonda.

Hari Ahad Kenduri kahwin... majlis yang amat meriah walau pun dalam hujan lebat!!! tahniah untuk Nur Amalina dan Syahrul.

Pagi Selasa CM bertolak seawal jam 8.15 am kerumah bonda, untuk bersama-sama rombongan ke majlis resepsi di Kuala Terengganu  yaang dijangka bertolaj pukul 10.00 pagi., dan sampai semula ke rumaj jam 7.30 pm. Penatnya hanya Tuhan yang tahu!!

Hari rabu nak relaks.... hari Khamis terpaksa mengiringi anak murid ke peringkat Akhir Kuiz 'so you think you can spell scientific term'.
Permintaan kawan CM untuk tolong mengajar anaknya matematik dalam masa cuti kali ni tak dapat di penuhi....masa cuti terlalu pendek untuk CM!!

1 comment:

aza ni said...

salam cikgu..
memang guru bertugas tak ikut masa,ada program yang dijalankan/
orang rumah saya pun .kami tak pergi jauh.setakat jarak sejam dua dari sini.
takpalah...dah tugas.tapi kadang kesihan .saya cub bantu setakat yang boleh.