Followers

Friday, December 17, 2010

Kerjanya hanya 'meminta' rezeki....

Sangat mudah Makcik ini  mencari duit untuk hidup.....

Hampir 5 tahun yang lepas ( sebelum  hubby meninggal dunia ) dia datang...... katanya  nak mencari rezeki dibulan ramadhan. Dan CM tanpa ragu-ragu menghulurkan RM 10.00. Sedekah dibulan ramadhan pahalanya besar!!!
Kemudian dia datang hampir setiap bulan..., datang mencari rezeki a.k.a meminta sedekah. Bukan hanya dirumah CM , tetapi juga rumah-rumah lain disekitar. CM pernah melihatnya berjalan dikawasan  perumahan lain, dan pastinya dengan tujuan yang sama.
Asalnya pemberian CM adalah ikhlas, tetapi bila setiap bulan datang ke rumah, CM sudah rasa lain.
Satu hari, bila dia datang, kami anak-anak berpakat seolah-olah tidak mendengar salamnya, tetapi dia berjalan mengelilingi rumah dan mengetuk tingkap bilik, sehingga CM terpaksa keluar seperti biasa.

Awal-awal dulu, bersedekah RM 10.00, kemudian turun RM 5.00, turun lagi menjadi RM 3 dan RM 2.
Tadi dia datang lagi.... dan CM hanya menyruh anak menghulurkan RM 1 kepadanya.

Bayangkan, sejak lima tahun lepas, kerjanya hanya berjalan dari rumah kerumah untuk meminta sedekah. kalau sehari dia  dapat berjalan ke 50 buah rumah, dan setiap rumah memberinya RM 5, maka pendapatanya sehari adalah RM 250. setahun ada 325 hari dan dia sudah melakukan kerja ini sejak 5 tahun yang lepas!!!

Dia bukan terlalu tua, badanya masih kuat, boleh bersembang dan berbual ( peringkat awal dulu, CM ada juga bertanya khabar , sekarang ni, duit pun minta tolong anak yang  hulurkan ).
Bermakna dia boleh berkerja kalau mahu, tetapi pendapatan cara ini lebih lumayan.... dan sangat mudah!!
bagaimana cara untuk menghalangnya ??? Ada cadangan???

2 comments:

zino said...

sekai dua zino akan bagi la kalau dah setiap bulan.. keikhlisan tu nalang ilang sedikit demi sedikit... mamat yg berupa ada di tempat kami.. sekarang ni dah tak bagi dah... dah tak ada alasan nak bagi..

cikgu_math said...

itulah yang CR rasakan.. kalau diberi pun, keikhlasan tu hilang.