Followers

Sunday, June 20, 2010

hari bapa

Hari bapa... asalnya tidak mahu menulis tentang ini kerana ayah CM  sudah meninggalkan dunia yang fana' ini hampir 20 tahun yang lepas.. dan bapa kepada anak-anak CM juga telah meninggalkan kami semua 4 tahun yang lepas..

Tapi bila membaca tulisan Kak Ah, dan link drp Joegrimjoew yang ada di dalam blognya..( boleh baca di sini), terasa  ingin berkongsi sesuatu mengenai hari bapa.
It's okey... cuma tinggal beberapa minit lagi...

CM sengaja tidak menimbulkan cerita hari bapa, atau ucapan hari bapa..... supaya tidak diingati oleh anak-anak, terutama Amar.

Semasa hari ibu yang lepas, dia pernah bertanya..
'nanti hari bapa, Amar nak bagi hadiah pada siapa?'
Alahai...
Cm tidak mahu berlaku kejadian beberapa tahun yang lepas yang diceritakan oleh anak CM, yg kawannya menangis kerana guru seninya memaksa membuat kad untuk hari bapa, dan akhirnya barulah di ketahu yang sebabnya hanya bapanya sudah meninggal dunia..
kita merasa itu adalah situasi yang biasa, tetapi mungkin kesanya amat mendalam kepada mereka....

2 comments:

CIKGU NAMAN said...

sedih membayangkan anak CM, kerana saya merasainya..

kehilangan bapa ketika baru masuk darjah satu

Judiene said...

huhuhuu
cikgu wat sy rse hiba plak bila bce kisah anak cikgu tu
btw, sy still kt sic msa husband cikgu meninggal
hope cikgu tabah!

=)