Followers

Thursday, December 06, 2012

pertemuan semula...

Alhamdulillah..
Cuti sekolah kali ini CM sempat bertemu dengan kawan lama yang sudah 32 tahun tak bertemu..
Kami daripada sekolah asrama penuh, 5 tahun di asrama menyebabkan  ikatan persahabatan amat teguh antara kami..

Dan, yang lebih bermakna lagi, tiga hari sebelum tu, CM menerima panggilan telefon daripada cikgu  semasa CM form 1,  bertanyakan khabar... sambil berkongsi contact number rakan-rakan yang lain.


5 Disember 2013.. pertemuan semula selepas 32 tahun terpisah.. Prof Madya Dr Zaki, Dr Khairi, Shamsuri, Norita dan satu-satunya kawan yang sentiasa berjumpa sehingga sekarang.. Dr Nuraini.

anehnya, ada yang sama-sama bertugas di Kelantan, tetapi kami tidak berkesempatan untuk bertemu... Alhamdulillah, teknologi terkini membolehkan kami berhubung antara satu sama lain, dan bila ada peluang, ini lah hasilnya..

InsyaAllah ini bukan yang terakhir. Akan ada lagi siri-siri pertemuan selepas ini, dengan bilangan yang semakin bertambah... 


6 comments:

zino said...

best nya dapat jumpa geng lama banyak nak sembang kan tu..

mademoiselle azieshakespeare said...

saya pula rasa macam da lama tak jumpa kawan-kawan :)

Anonymous said...

wah. best :)

cm said...

zino> memang best, rasa 3 jam sekejap jer.. tak boleh lama sangat sbb Prof kita tu nak balik KL flight 3.30..

cm said...

Azie>> Hehe.. baru dua tahun, dah rasa lama!!

cm said...

RC>> memeng best... banyak cerita...