Followers

Monday, August 09, 2010

kelukaan seorang isteri .......

petang tadi CM didatangi oleh seorang kawan ... bercerita tentang kepedihan dan kelukaan hati selepas dimadukan!
beliau graduated drp UK, tetapi dek terlalu lama menginap di UK mengikuti suaminya yang berkerja di sana, akhirnya beliau pulang ke Malaysia tanpa memohon sebarang pekerjaan : menjadi housewife sepenuhnya... menjaga dan menjadi driver kepada 5 orang anaknya disebabkan kesibukan suaminya yang bertugas sebagai doktor.
Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari...
Dengan kemewahan yang dibawa balik dari UK, siapa yang tidak berminat untuk berkongsi!
Akhirnya dia dimadukan! CM dapat bayangkan kelukaan hatinya...Pengorbanan yang tidak dihargai... bertahun belajar diUK dan  kalau berkerja dengan kelulusan yang dia ada, gajinya mungkin sudah mencapai 5 angka. Meninggalkan keluarga di selatan tanah air dan menetap di Pantai Timur mengikut suami....meninggalkan segala-galanya untuk menjadi seorang isteri yang taat...
Pada awalnya dia redha apa yang berlaku, tetapi bila semakin lama, hatinya semakin terhiris dengan sikap orang ketiga, menjadikan  selepas segalanya  itu menjadi tidak betul.....
Sudah dua kali dia datang untuk meluahkan perasaan, tetapi kedatangan kali  ini amat meresahkan CM. Kehadirannya selepas bergaduh dengan suami, meninggalkan suami dan anak-anak.... dan bayangan percakapannya untuk menumpang dirumah CM untuk malam ini...
Adui... ditelan mati emak, diluah mati bapa... Kalau CM benarkan bermakna CM merestui perlakuannya meninggalkan suami ( wp selepas itu dia mendapat SMS drp suaminya untuk membenarkan dia untuk tidak bermalam dirumah ), jika tidak benarkan, seolah-olah CM tidak  berkongsi kesedihannya...
dan akhirnya CM senyap tanpa kata....  Mungkin memahami, akhirnya dia meminta diri untuk beredar dan bermalam dirumah kawannya.... Sedih... memang menyedihkan melihat langkahnya yang pergi... tapi apa boleh buat...
Salah siapa perkara ini berlaku..???? Isteri, suami atau pihak ketiga?

7 comments:

syahira ariff said...

salam cikgu,
sy faham perasaan yg dialami oleh kawan cikgu itu kerana sy juga mempunyai dua orang ibu.
setiap hari,sy akan sentiasa menjadi punca kekuatan ibu dan tempat meluahkan rasa sekiranya ibu terluka dgn kerenah madu apatah lagi rumah ibu dan madunya hanya bersebelahan.
mmg perit tp bagi istri ptama yg dimadukan,mereka dijanjikan ganjaran payung emas di syurga nnti oleh Allah,insyaallah.

cikgu_math said...

syahira...sedih..tapi tak tahu apa yang perlu dibantu.. semoga mereka kuat dan tabah mengharungi hidup. Bukan mudah untuk mendapatkan payung emas....

Anonymous said...

syahira, sy setuju sgt..

anyway, anak2 akan menjadi sumber kekuatan seorang ibu..sperti Siti Hajar dgn Ismail.mudah-mudahan..

dan, disaat kita rasa dunia kita kelam, Allah sentiasa bersama kita..Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang..Dia takkan turunkan sesuatu ujian kalau HambaNya tk boleh tanggung..Kesenangan dan kesusahan adalah ujian Nya..

sbgai kawan, mgkn kita blh ingtkan dia tntg masa depan anak2 kwn ckgu tu..Ckgu pun tau kan apa jd kat pljr yg dtg dr broken family..bkn nk bg tggpn ngtif..Maaf..tk semua begitu..cuma, sy mksdkan kecenderungan..Yg baik,alhamdulillah.. Kita tk perlu amik risiko utk sesuatu yg tk baik..Berjauhan bukan penyelesaian..sy akui, penat lelah kwn ckgu mgkn tk dihargai SKRG.ttp, InsyaAllah, ada hikmahnya..lambat laun akan kita temui..

dah hmpr thn sy hadapi perkara ni..sbg ank, sy faham apa yg kwn ckgu rasa, wlpn bukan 100%..mari sama2 kita doakan moga kwn ckgu tabah dan cekal menghaddapi ujian ni..

Cikgu Idris said...

Salam CM..

Tak adil rasanya kalau kita nak judge siapa yg bersalah tanpa mengetahui secara detail apa yg berlaku dlm rumahtangga couple ni. Apapun, as a man, saya admit si suami silap mencari yg lain jika tak fikirkan secara mendalam apa yg telah wife dia berikan selama ni. Bila kes nak buka cawangan baru ni biasanya yg buruk ttg isteri je yg nampak di mata. Fikirkan secara rasional. Then, si isteri juga patut pikirkan mungkin ada perlakuan atau apa2 yg tak disenangi suami yg terus menerus dia lakukan. Pendek kata, semua pihak ada silapnya..akui kesilapan dan cuba betulkan keadaan.

Uncle said...

Salam CM.
Lama saya tak masuk sini. Tengok topik ni terpanggil untuk saya tulis sikit. Semasa saya di Mekah bertugas, ada sorang ustaz yang bertanya saya kenapa tak cari sorang lagi sementara tinggal di perantauan...katanya, prosesnya mudah. Cuma mahu tak mahu saja dan akan diuruskan dengan segera. Saya berpaling pada ustaz tu dan jawab, "mintak maaf ustaz. saya tak pandai ugama dan bukan mahu menentang sesiapa....tapi ustaz bayangkan kalau isteri ustaz datang dan bagitahu ustaz yang dia nak kahwin satu lagi....". Ustaz tadi terbeliak dengar jawapan saya. Terus muka muncung dan berjalan lalu!

en_me said...

sodeyy kanns.. uhuhu

Anonymous said...

Thanks for a marvelous posting! I quite enjoyed reading it, you are a great author.I will be sure to bookmark your blog and may come back someday. I want to encourage you to ultimately continue your great work, have a nice day!