Followers

Sunday, February 20, 2011

Bila adam mula kesekolah...( 3 )

Hari ini, selepas 52 hari bersekolah, Adam mula bersuara tentang sekolahnya...
Dia mula memberitahu dia ada kerja sekolah, dan untuk pertama kalinya dia membuat kerja sekolahnya tanpa disuruh... Alhamdulillah!!

Bila disoal keadaannya disekolah, dia sudah boleh bercerita,....
"bolehkah umi marah pada cikgu Adam?"
"Kenapa?"
"Cikgu marah Adam"
"Sebab?"
"Adam main dalam kelas"
"Dia marah macam mana?"
"ADAM!!!" ajuknya dalam suara yang kuat.

bila dibawa berbual tentang sekolah , banyaklah kisah yang keluar, dan diantaranya ;
"Kenapa Ustaz Lan marah Adam?"
"Sebab Adam main Ultraman"
"Adam main macam mana?"
"Adam guna pencil & gunting"

Ultraman dalam hidupnya ada dimana-mana....
depan komputer pasti mengadap ultraman
dihalaman rumah penuh dengan ranting kayu yang digunakan untuk menjadi ultraman dan raksasa
bila disekolah, gunting dan pencil pula menjadi ultraman!!

apapun , satu peningkatan yang sangat baik untuk Adam Nuaim Mazlan!!!

5 comments:

sonata anak kancil said...

salam...insyaAllah lama2 tu - berhentilah dia main2 dalam kelas...nama budak baru belajar !

syahira ariff said...

minat betul dia dgn ultraman
mesti barang2 dia,beg sekolah dia ada gmbar ultraman kan?

cm said...

SOK> harap-harapnya begitulah....

Syahira>> dia dah boelh lukis ultraman...he..he..

Farhani Mazlan said...

umi,rindunya nk balik umah..igt nk balik gok time k.ina kawen..tp masalah duit tidak membenarkan..igt mmg nk balik dh.huuu

zino said...

nanti adam fire cik gu .. hehe