Followers

Wednesday, September 22, 2010

letih, penat dan seumpama dengannya.

Kalau orang bertanya 'apakah yang anda perlukan sekarang?' Jawapannya adalah rehat!

CM kekurangan waktu rehat yang secukupnya sejak dari sehari sebelum raya.
Bersiap untuk sambut raya, kemudian balik berhari raya di rumah bonda..... dan tanyalah siapa pun, hari raya adalah hari yang amat meletihkan..

Pulang kerumah, sibuk pula menyediakan barang dan memasak untuk open house pada raya ke-4, and of course raya ke 5 dan ke 6 penat mengemas pinggan mangkuk dan periuk belanga, termasuk kain baju yang menggunung tinggi!!

Hari Khamis, CM sebagai AJK Kecemerlangan  PMR dikehendaki menyertai rombongan Lawatan pelajar cemerlang keCameron Highland selama dua hari, dan menambahkan dugaan, balik dari cameron Highland, my mother in law dimasukkan le ward diHSZ2. Hari sabtu adalah hari berulang alik ke hospital.

Hari Ahad CM terpaksa berkampung di Royal Guest House Kota Bharu  bersama pelajar untuk program pecutan kegemilangan matematik, dan pastinya setiap waktu rehat akan berkejar kehospital.Tamat saja program, CM menerima panggilan memberitahu MIL sudah meninggal dunia. Maka seharian hari isnin adalah untuk urusan menyempurnakan jenazah dan menyambut tetamu yang bertandang.

Mengharapkan ruang untuk berehat seketika, CM  kesekolah pada hari selas, tetapi dua minggu meninggalkan anak-anak pelajar, rupa-rupanya banyak perkara yang perlu dibereskan, dan masa berlalu tanpa ada masa rehat!

Hari ini, hari rabu adalah hari untuk program rileks Minda pelajar PMR, dan sekali lagi, sebagai urusetia, sepatutnya CM terpaksa berkampung di Perdana Resort bersama Pelajar. Tetapi keizinan diperolehi untuk membenarkan CM disana sehingga jam 4.00 petang, dan  kembali kesana seawal jam 8.00 pagi besuk.

Berehat??
masih belum mempunyai waktu kerana majlis tahlil untuk arwah mother inlaw masih diadakan pada setiap malam sehingga jumaat ini....

Semoga week end nanti,ada  masa untuk CM berehat !

4 comments:

Uncle said...

macam tu lah tugas seorang cikgu. tapi uncle nak ucapkan takziah pada CM. Tabah menghadapi dugaan!

sally said...

Slow down sis..one thing ay a time..

ckLah@xiiinam said...

Membaca cerita kak Zan....ckLah betul-betul insaf. Ingatkan cklah dah cukup letih kerana 2 Sabtu berturut2 besekolah....lagi berat rupanya ujian tenaga kakZan.

Salam takziah...
Salam aidil fitri...maaf zahir dan batin.

cikcloudy said...

salam singgah.. tetiba sesat kat entry yg nih.. hehe