Beruntunglah ibu-ibu
yang mempunyai anak yang baik….
Baik dimata ibu bapa, baik di mata guru dan baik dimata
masyarakat!
Masaalahnya sekarang, ramai ibubapa yang nampak anaknya baik dimata mereka, sedangkan dimata guru dan masyarakat adalah sebaliknya.
Mereka akan menyalahkan guru bila mereka dipanggil kerana anak-anak bermasaalah terutamanya bila terlibat masalah disiplin dan masaalah sosial .
Mereka akan menyalahkan guru bila mereka dipanggil kerana anak-anak bermasaalah terutamanya bila terlibat masalah disiplin dan masaalah sosial .
Alasannya mudah: “Rasanya cikgu silap…. , anak saya budak baik… tak ada masaalah langsung di rumah!”
Jadi Ibu bapa diluar sana…
buatlah spot check
sekali sekala… intai dalam beg sekolah takut-takut ada kotak rokok… atau CD yang pelik-pelik…
Intiplah jarang-jarang dia keluar ke mana….dengan siapa….. walaupun sudah
diberitahu..
Kerana anak-anak remaja sekarang sangat pandai berlakun!!
CM juga mempunyai anak yang sedang membesar, dan kadang-kadang risau bila memikirkan mereka kerna tugas guru daripada pukul 7.00 pagi hingga 5.00 pm... meninggalkan mereka bersama guru-guru mereka!
Tetapi CM percaya kepada guru-guru mereka, kerana sesiapa yang bergelar pendidik tahu tanggungjawab kita...
Prinsip CM mudah... jika kita ikhlas mendidik anak orang lain, Insyaallah Allah akan membalasnya kepada anak-anak kita, walaupun sebenar kita telah mengabaikan mereka seharian....
Prinsip CM mudah... jika kita ikhlas mendidik anak orang lain, Insyaallah Allah akan membalasnya kepada anak-anak kita, walaupun sebenar kita telah mengabaikan mereka seharian....
Dan CM bersyukur sangat kerana
meletakkan diri di alam
pendidikan… walaupun jutaan cacian dan hinaan dilemparkan, CM cuba ikhlaskan hati
mendidik anak orang, supaya anak-anak kita juga dididik dengan ikhlas oleh
cikgu mereka !!!
6 comments:
mak ayah saya tak pernah anggap saya baik pun. susah jugak kadang2 kan, menangkan anak.
bagi neeza kan, masalah ni bermula di rumah. Kalau ibu bapa jenis yang suka sorok2, anak2 pun jadi macam tu. Depan baik, belakang Allah saja yang tahu... jadi, untuk neeza dan yang lain-lain sebagai ibu bapa, kita kena tunjuk tingkah laku yang baik depan dan belakang. Barulah anak2 ikut...
rapunzeel> kadang-kadang perlu juga.. supaya dia lebih confident, tetapi jangan keterlaluan...
neeza>> kan?? tapi nak jadi contoh yang baik tu susahnya....
lagi 'best' bila ada yang melepaskan tangan kat cikgu2,
Azie>> haha.. ada ke??? rasanya jarang-jarang adalah kut!!
Post a Comment