Followers

Friday, September 21, 2012

cikgu ... (2)



Beruntunglah  ibu-ibu yang mempunyai anak yang baik….
Baik dimata ibu bapa, baik di mata guru dan baik dimata masyarakat!

Masaalahnya sekarang, ramai ibubapa yang nampak anaknya baik dimata mereka, sedangkan dimata guru dan masyarakat adalah sebaliknya.
Mereka akan  menyalahkan guru bila mereka dipanggil kerana anak-anak bermasaalah terutamanya bila terlibat masalah disiplin dan masaalah  sosial  .
Alasannya  mudah:  “Rasanya cikgu silap…. , anak saya  budak baik… tak ada masaalah langsung di rumah!”

Jadi Ibu bapa diluar sana…
buatlah spot check sekali sekala… intai dalam beg sekolah takut-takut  ada kotak rokok… atau CD yang pelik-pelik…
Intiplah  jarang-jarang  dia keluar  ke mana….dengan siapa….. walaupun sudah diberitahu..
Kerana anak-anak remaja sekarang sangat pandai berlakun!!

 CM juga mempunyai anak yang sedang membesar, dan kadang-kadang risau bila memikirkan mereka kerna tugas guru daripada pukul 7.00 pagi hingga 5.00 pm... meninggalkan mereka bersama guru-guru mereka!

Tetapi CM percaya kepada guru-guru mereka, kerana  sesiapa yang bergelar pendidik tahu tanggungjawab kita...
Prinsip CM mudah... jika kita ikhlas mendidik anak orang lain, Insyaallah Allah akan membalasnya kepada anak-anak kita, walaupun sebenar kita telah mengabaikan mereka seharian....

Dan CM bersyukur sangat kerana  meletakkan diri  di alam  pendidikan… walaupun jutaan cacian dan hinaan dilemparkan, CM cuba ikhlaskan hati  mendidik anak orang, supaya  anak-anak kita juga dididik dengan ikhlas oleh cikgu mereka !!!

Thursday, September 20, 2012

cikgu.... (1)

CM terbaca  satu entri yang berkaitan dengan profession perguruan, iaitu guru kita tak (dapa)t buat kerja.
Bagi CM, masalah di situ hanya 50% daripada yang dihadapi oleh guru-guru di Malaysia, apalagi bagi guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang aktivitinya tidak pernah habis dari januari hingga november! ditambah dengan program PPD dan JPN yang menumpang venue, dan program politik yang tak pernah putus-putus...

Masalah utama adalah pelajar!!!
Guru boleh mengatasi masalah masa untuk habiskan silibus, dengan kelas tambahan petang, kelas malam dan kelas hujung minggu, tetapi kalau 3 kali khatam pun, bila pelajar menolak untuk belajar, tak ada apa yang boleh disumbangkan oleh guru!

kerja rumah tak pernah buat....
setahun hanya beberapa kali buku dihantar untuk disemak...
cikgu mengajar tak ada tumpuan...

Dan beruntunglah guru-guru yang mengajar disekolah yang tidak banyak masalah disiplin.

Wednesday, September 19, 2012

mereka (2)

7.30 pagi CM nak ke kelas tingkatan 1, dan melalui bilik darjah tingkatan 3 yang m,asih penuh dengan pelajar, walau pun sepatutnya mereka di Masjid untuk solat hajat dan bacaan Yasin.

CM memang guru yang penyibuk bila melibatkan kelas yang CM ajar..

'Kenapa semua tak ke masjid?'

senyap... tak ada jawapan!

'Kamu tahu, kenapa kita mulakan solat hajat bulan Jun... sebab kalau klamu tak ponteng solat setiap pagi di sekolah, dah cukup 40 kali solat hajat...'

senyap lagi...

"Kamu tahu apa ganjarannya kalau kita buat solat hajat 40 kali... minta Allah kurniakan kejayaan dalam PMR?'

'Cikgu dah cukup buat solat hajat 40 kali?'
 Dalam senyap itu ada yang bersuara...

Kenapa pulak? Bukan cikgu nak ambil PMR"

'kan cikgu nak kita semua dapat A matematik?'
dia masih menjawab.


CM hanya beristighfar dalam hati, sambil berlalu ke kelas yang ingin dituju...

mereka.... (2 )

Entah mengapa, semakin hampir dengan PMR mereka semakin menjadi-jadi....

mungkin sebab silibus sudah dihabiskan..... latih tubi sudah diberikan, dan mereka sudah tidak memerlukan tugas guru untuk membimbing mereka???    rasanya tidak!!

Mereka stress???    mungkin juga...

tetapi caranya adalah tidak patut... mereka semua melepaskan stress mereka kepada guru... melawan cakap guru, mempermain-mainkan emosi guru dan yang paling tidak patut adalah tidak mempedulikan kewujudan guru di dalam kelas..

CM mengamuk hari ini...
mungkin disebabkan oleh sikap yang mereka tunjukkan pada hari ini.
atau mungkin juga kerana perkara-perkara lain yang melibatkan CM dengan mereka di akhir-akhir ini..
hingga terkeluar perkataan yang sepatutnya keluar dari seorang guru untuk anak-anaknya...

'Saya tak menyesal kalau kamu semua dapat B atau C dalam PMR kali ni,walau pun sebelum ini saya pasti akan terasa menyesal walau hanya seorang pelajar yang dapat B.. padan dengak sikap dan perangai kamu semua dalam kelas'

 Betul betul menyesal selepas perkataan tersebut dilafazkan... apalagi bila melihat mata-mata mereka yang baik-baik di situ....

turun dari kelas, CM terus mengadap guru kelasnya.. menyuarakan kekesalan hati terlepas perkataan itu yang pastinya boleh memberi kesan kepada mereka...
dan apa yang diberitahu oleh guru kelasnya .... Semalam ustazah dah mengamuk..., kelmarin bla bla bla....
rupa-rupanya di saat-saat akhir ini semua cikgu seperti CM..... kesabaran semakin luntur bila bersama mereka....

Alahai... senangnya menjadi seorang cikgu... engineer orang hidup... 
bagaimanakah agaknya engineer-engineer diluar yang kerjanya terlalu sukar boleh hidup tanpa stress!!!

 




Tuesday, September 18, 2012

mereka..... (1)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk membuat coretan di sini.
 PMR hanya 2 minggu lagi.... tetapi pelajar CM bagaikan sudah bebas dari segalanya..
Lepas Trial exam mereka sudah bergembira sakan , dan kini menduduki  peperiksaan PRA PMR .
Masih ada dua hari lagi untuk mereka membebaskan diri mereka dari peperiksaan walau pun perjuangan sebenar , iaitu PMR sebenar masih belum di tempuhi...

Entahlah.... cikgu yang risau!!! mereka sedikit pun tidak memeikirkan tentang result peperiksaan  mereka nanti! Seolah-olah cikgu yang nak menghadapi exam!!!!