Followers

Friday, December 28, 2012

kembali kepada asal..

2013 belum menunjukkan diri...
tetapi persediaan untuk menyambutnya telahtersedia.

Bermula dengan mesyuarat guru kali pertama
yang secara resminya menerima tauliah untuk menjalankan tugas-tugas 2013

diikuti dengan mesyuarat AJK Pendaftaran..
tempah banner
Buat buku program untuk hari pendaftaran
buat surat jemputan untuk perasmi
Susun nama pelajar mengikut kelas
dan
besuk ke sekolah untuk persiapan tempat.
Adui...

Buku rekod mengajar kena disiapkan ..
Rancangan tahunan
takwim cuti, takwim peperiksaan
1001 bahan yang pelu dimasukkan dalam BRM

MASA HANYA ADA 4 HARI LAGI...
dan barang-barang sekolah anak-anak masih ada yang belum complete..

SELAMAT MENDAFTAR KEPADA PELAJAR DAPAT TAWARAN KE TINGKATAN  1 MAKTAB SULTAN ISMAIL PADA 31 DIS NANTI....

Dan CM kembali ke pada asal...
walau pun tak sibuk, tetapi sentiasa menyibukkan diri!!!

Sunday, December 16, 2012

bercuti...

Alhamdulillah..
Cuti sekolah kali ini CM sempat bawa anak-anak  bercuti..
Sebenarnya bukanlah bercuti sangat... cuma mandi-mandi kolam di De Rhu Beach Resort, Kuantan.

Yang tinggal di rumah hanya anak-anak kecil.. Driving sendiri dari KB, singgah Paka, then baru ke Kuantan.

Kolam mandinya cantik... sesuai untuk percutian anak-anak.

pemandangan yang cantik..
dan kolamnya yang dibina memanjang seperti sungai ( tidak ada air mengalir pun ) dilengkapkan dengan permainan kanak-kanak.

dari pagi hingga ke petang, kolam ini yang menjadi tempat mereka. Bilik hanya tempat makan dan tempat tidur.


seronok....



anak-anak perempuan juga  mandi... walaupun tak lama
dan penunggu barangan di tepi kolam...



Saturday, December 08, 2012

masa dalam cuti...

Semuanya tenyang pengurusan masa

sebelum cuti sekolah, macam-macam yang nuncul dalam kepala untuk dibuat semasa cuti sekolah..
nak menjahit baju..
nak menjahit langsir...
nak siapkan draf penulisan yang sudah bertahun di dalam folder
nak kemaskan novel-novel.. tukarkan almari buku yang baru..
kemaskan rumah..
etc..etc..

bila mula bercuti..

awal cuti :
tolong settlekan PBS rakan-rakan yang ada masalah.. hampir setiap hari CM ke sekolah
tak dapatlah nak menjahit.. kain pun tak sempat nak beli
karbinet buku pun tak nampak!!

pertengahan cuti..
setiap hari ada kerja yang nak dilakukan..
tengok barang dapur tak ada...ke tesco,
Anak minta tolong bank in duit...ke bank,
ke situ, ke sini....
masalahnya bila keluar,  balik rumah mood  pun dah tak ada... 
janji dengan anak nak pergi bercuti pun belum terlaksana !!

Ini dah masuk fasa ke tiga..
kena siapkan kerja untuk tahun depan pulak..
Yearly plan...
Modul P&P
Modul PBS
mesyuarat pengambilan pelajar 19 dis
mesyuarat guru 23 dis
etc,etc

Bila ada masanya???
dengar khabarnya cikgu banyak masa free?
tapi kenapa kain berbakul-bakul belum berlipat??

haha.. teruk betul pengurusan masa CM!!





Thursday, December 06, 2012

pertemuan semula...

Alhamdulillah..
Cuti sekolah kali ini CM sempat bertemu dengan kawan lama yang sudah 32 tahun tak bertemu..
Kami daripada sekolah asrama penuh, 5 tahun di asrama menyebabkan  ikatan persahabatan amat teguh antara kami..

Dan, yang lebih bermakna lagi, tiga hari sebelum tu, CM menerima panggilan telefon daripada cikgu  semasa CM form 1,  bertanyakan khabar... sambil berkongsi contact number rakan-rakan yang lain.


5 Disember 2013.. pertemuan semula selepas 32 tahun terpisah.. Prof Madya Dr Zaki, Dr Khairi, Shamsuri, Norita dan satu-satunya kawan yang sentiasa berjumpa sehingga sekarang.. Dr Nuraini.

anehnya, ada yang sama-sama bertugas di Kelantan, tetapi kami tidak berkesempatan untuk bertemu... Alhamdulillah, teknologi terkini membolehkan kami berhubung antara satu sama lain, dan bila ada peluang, ini lah hasilnya..

InsyaAllah ini bukan yang terakhir. Akan ada lagi siri-siri pertemuan selepas ini, dengan bilangan yang semakin bertambah... 


Monday, December 03, 2012

cuti sekolah

cuti akhir tahun : 9/11 2012 hingga 31/12/2012
Itu yang tercatat di dalam buku rekod mengajar yang telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 8/11/2012.

Tetapi hingga ke hari ini, tidak kurang dari 5 kali CM bertandang ke sekolah... semuanya melibatkan kerja-kerja sekolah.

Pagi tadi terpaksa ke sekolah lagi, hanya sedikit perkara yang perlu diselesaikan...
yalah... bila kerani telefon bertanyakan beberapa masalah, lebih baik CM ke sekolah terus. Berhubung dari mata ke mata lebih meyakinkan!

Esuk ke sekolah lagi.. Hari Asyura Maktab Sultan Ismail. Pagi semalam Encik Ketua Bidang maklumkan, dan petangnya Kerani Pejabat pula memberitahu.. InsyaAllah.

Ini bukan rungutan, kerana sebenarnya sekolah adalah rumah kedua CM. kalau lama-lama tak menjenguk sekolah, mungkin rindu.. hahaha..

Dan nasib baiknya, dari rumah nak ke sekolah pada musim cuti ini hanya mengambil masa antara 5 - 10 minit jerr.

Friday, September 21, 2012

cikgu ... (2)



Beruntunglah  ibu-ibu yang mempunyai anak yang baik….
Baik dimata ibu bapa, baik di mata guru dan baik dimata masyarakat!

Masaalahnya sekarang, ramai ibubapa yang nampak anaknya baik dimata mereka, sedangkan dimata guru dan masyarakat adalah sebaliknya.
Mereka akan  menyalahkan guru bila mereka dipanggil kerana anak-anak bermasaalah terutamanya bila terlibat masalah disiplin dan masaalah  sosial  .
Alasannya  mudah:  “Rasanya cikgu silap…. , anak saya  budak baik… tak ada masaalah langsung di rumah!”

Jadi Ibu bapa diluar sana…
buatlah spot check sekali sekala… intai dalam beg sekolah takut-takut  ada kotak rokok… atau CD yang pelik-pelik…
Intiplah  jarang-jarang  dia keluar  ke mana….dengan siapa….. walaupun sudah diberitahu..
Kerana anak-anak remaja sekarang sangat pandai berlakun!!

 CM juga mempunyai anak yang sedang membesar, dan kadang-kadang risau bila memikirkan mereka kerna tugas guru daripada pukul 7.00 pagi hingga 5.00 pm... meninggalkan mereka bersama guru-guru mereka!

Tetapi CM percaya kepada guru-guru mereka, kerana  sesiapa yang bergelar pendidik tahu tanggungjawab kita...
Prinsip CM mudah... jika kita ikhlas mendidik anak orang lain, Insyaallah Allah akan membalasnya kepada anak-anak kita, walaupun sebenar kita telah mengabaikan mereka seharian....

Dan CM bersyukur sangat kerana  meletakkan diri  di alam  pendidikan… walaupun jutaan cacian dan hinaan dilemparkan, CM cuba ikhlaskan hati  mendidik anak orang, supaya  anak-anak kita juga dididik dengan ikhlas oleh cikgu mereka !!!

Thursday, September 20, 2012

cikgu.... (1)

CM terbaca  satu entri yang berkaitan dengan profession perguruan, iaitu guru kita tak (dapa)t buat kerja.
Bagi CM, masalah di situ hanya 50% daripada yang dihadapi oleh guru-guru di Malaysia, apalagi bagi guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang aktivitinya tidak pernah habis dari januari hingga november! ditambah dengan program PPD dan JPN yang menumpang venue, dan program politik yang tak pernah putus-putus...

Masalah utama adalah pelajar!!!
Guru boleh mengatasi masalah masa untuk habiskan silibus, dengan kelas tambahan petang, kelas malam dan kelas hujung minggu, tetapi kalau 3 kali khatam pun, bila pelajar menolak untuk belajar, tak ada apa yang boleh disumbangkan oleh guru!

kerja rumah tak pernah buat....
setahun hanya beberapa kali buku dihantar untuk disemak...
cikgu mengajar tak ada tumpuan...

Dan beruntunglah guru-guru yang mengajar disekolah yang tidak banyak masalah disiplin.

Wednesday, September 19, 2012

mereka (2)

7.30 pagi CM nak ke kelas tingkatan 1, dan melalui bilik darjah tingkatan 3 yang m,asih penuh dengan pelajar, walau pun sepatutnya mereka di Masjid untuk solat hajat dan bacaan Yasin.

CM memang guru yang penyibuk bila melibatkan kelas yang CM ajar..

'Kenapa semua tak ke masjid?'

senyap... tak ada jawapan!

'Kamu tahu, kenapa kita mulakan solat hajat bulan Jun... sebab kalau klamu tak ponteng solat setiap pagi di sekolah, dah cukup 40 kali solat hajat...'

senyap lagi...

"Kamu tahu apa ganjarannya kalau kita buat solat hajat 40 kali... minta Allah kurniakan kejayaan dalam PMR?'

'Cikgu dah cukup buat solat hajat 40 kali?'
 Dalam senyap itu ada yang bersuara...

Kenapa pulak? Bukan cikgu nak ambil PMR"

'kan cikgu nak kita semua dapat A matematik?'
dia masih menjawab.


CM hanya beristighfar dalam hati, sambil berlalu ke kelas yang ingin dituju...

mereka.... (2 )

Entah mengapa, semakin hampir dengan PMR mereka semakin menjadi-jadi....

mungkin sebab silibus sudah dihabiskan..... latih tubi sudah diberikan, dan mereka sudah tidak memerlukan tugas guru untuk membimbing mereka???    rasanya tidak!!

Mereka stress???    mungkin juga...

tetapi caranya adalah tidak patut... mereka semua melepaskan stress mereka kepada guru... melawan cakap guru, mempermain-mainkan emosi guru dan yang paling tidak patut adalah tidak mempedulikan kewujudan guru di dalam kelas..

CM mengamuk hari ini...
mungkin disebabkan oleh sikap yang mereka tunjukkan pada hari ini.
atau mungkin juga kerana perkara-perkara lain yang melibatkan CM dengan mereka di akhir-akhir ini..
hingga terkeluar perkataan yang sepatutnya keluar dari seorang guru untuk anak-anaknya...

'Saya tak menyesal kalau kamu semua dapat B atau C dalam PMR kali ni,walau pun sebelum ini saya pasti akan terasa menyesal walau hanya seorang pelajar yang dapat B.. padan dengak sikap dan perangai kamu semua dalam kelas'

 Betul betul menyesal selepas perkataan tersebut dilafazkan... apalagi bila melihat mata-mata mereka yang baik-baik di situ....

turun dari kelas, CM terus mengadap guru kelasnya.. menyuarakan kekesalan hati terlepas perkataan itu yang pastinya boleh memberi kesan kepada mereka...
dan apa yang diberitahu oleh guru kelasnya .... Semalam ustazah dah mengamuk..., kelmarin bla bla bla....
rupa-rupanya di saat-saat akhir ini semua cikgu seperti CM..... kesabaran semakin luntur bila bersama mereka....

Alahai... senangnya menjadi seorang cikgu... engineer orang hidup... 
bagaimanakah agaknya engineer-engineer diluar yang kerjanya terlalu sukar boleh hidup tanpa stress!!!

 




Tuesday, September 18, 2012

mereka..... (1)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk membuat coretan di sini.
 PMR hanya 2 minggu lagi.... tetapi pelajar CM bagaikan sudah bebas dari segalanya..
Lepas Trial exam mereka sudah bergembira sakan , dan kini menduduki  peperiksaan PRA PMR .
Masih ada dua hari lagi untuk mereka membebaskan diri mereka dari peperiksaan walau pun perjuangan sebenar , iaitu PMR sebenar masih belum di tempuhi...

Entahlah.... cikgu yang risau!!! mereka sedikit pun tidak memeikirkan tentang result peperiksaan  mereka nanti! Seolah-olah cikgu yang nak menghadapi exam!!!!


Wednesday, May 16, 2012

16 mei 2012

tahun yang ke 22 menyambut hari perayaan 16 mei....

walau pun tidak ada majlis sambutan yang besar-besaran pada hari ini, sekadar mendengar perutusan dan ucapan Menteri Pelajaran( Perayaan hari guru peringkat sekilah akan diadakan pada 23 Mei nanti ) disebabkan musim peperiksaan,
namun semua insan yang bergelar guru pasti akan tersentuh dengan tarikh ini.... apalagi bila wall facebook dan skrin telefon dipenuhi dengan ucapan-ucapan daripada bekas anak-anak murid....

Lain ceritanya di dalam kelas dihari guru pada tahun ini...
CM masuk kelas ( untuk  mengawas peperiksaan ) dengan perasaan yang agak marah selepas menanda kertas peperiksaan mereka...
hampir 50 % skrip jawapan adalah tidak valid, maksudnya ada unsur penipuan dan peniruan yang boleh dikesan dengan jelas oleh sesiapa saja yang menanda kertas.....
Bila tiba di dalam bilik darjah, mereka masih lagi mencari peluang untuk meniru, berbisik-bisik sama sendiri... tanpa peduli jelingan dan larangan cikgu di depan.
Kesabaran CM sudah hilang.... dan tanpa sedar tangan CM menepuk meja dengan kuat!!!
Huh... bunyi nya mengejutkan semua pelajar, tetapi yang lebih parah daripada itu, hingga saat ini tapak tangan CM masih terasa pedihnya...

banyaknya cobaan menjadi seorang guru di abad ini...terutamanya bila dianugerahkan mengajar kelas terakhir tingkatan 3 yang mengandungi hero-hero ternama!!!

teringat kata-kata seorang pelajar dikelas yang sama beberapa minggu yang lepas
'cikgu jangan lah stress sangat dengan perangai kita orang... enjoy-enjoy sudahlah....'







Monday, April 23, 2012

kid soccer punya hal!

hari ini 11.30 baru masuk kawasan sekolah. nasib baik  ada guru ganti yang me'relief'kan masa ketiadaan CM di sekolah pagi tadi.

Beberapa minggu lepas Amar dah sibuk memberitahu dia adalah di antara 5 orang yang terpilih untuk ke kuala terengganu. Dan hari Sabtu dua tiga hari lepas, dia membawa pulang  surat kebenaran untuk 'Pemilihan pasukan  ke Cuppy Cup, Croatia'.

Wah... baru 11 tahun, sudah berpeluang ke Croatia untuk bermain bola sepak!!!

pagi tadi CM bersama dengan ibubapa yang anaknya terlibat dengan pemilihan ini. 6 orang daripada Kelantan, dan mereka akan bermain dengan wakil-wakil daripada negeri lain untuk proses pemilihan ini.

Program Kid Soccer adalah program Kecemerlangan Bolasepak untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dibawah kelolaan MSN.

Mereka akan berkampung selama enam hari di Kuala Terengganu bersama dengan coach mereka. kalau berjaya...... ke Croatia!!!
 siapa tahu... kalau itu rezekinya...


Friday, March 30, 2012

tanggungjawab...

hari ini keluar daripada kawasan sekolah awal... sekitar jam 12.30 kerana ada majlis penyerahan result peperiksaan di sekolah Iqah.
Selepas program balik rumah  terus!! he..he... budak sekolah rendah pun belum sampai....

tidak lama kemudian ADAM NUAIM muncul!  keseorangan ... dengan jalan terjengket-jengket..

Mana Amar??
Adam balik Ustaz hantar. Kaki Adam sakit.
jawabnya bila disoal kenapa Amar belum sampai.

basikal Adam???
Nanti kawan Amar yang hantar.
Ustaz suruh rendam kaki dalam air bercampur ais.

dan soalan-soalan CM selepas itu dibiarkan tanpa jawapan.

Bila Amar balik barulah tahu cerita sebenar....

Dia terjatuh didalam kelas kerana bermain bersama kawan-kawan.
tergeliat kaki dan tidak boleh berjalan.... bahagian buku lalinya bengkak.
Bila tiba waktu pulang, Amar yang dua tahun lebih tua daripadanya  mengangkatnya di atas belakang ( macam dalam cerita korea),
dan katanya nak telefon CM . tapi tak sempat...
ustaznya nampak dan menghantarnya kerumah..
Basikal nya ditinggalkan di sekolah dan sekali lagi Amar yang bertanggungjawab membawa basikal itu ke rumah....

CM terharu sebenarnya....  mereka berdua bagaikan anjing dengan kucing di rumah... tetapi bila tiba saat-saat kritikal, tahu pula Amar menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang abang.... walau pun saiz tubuh hampir sama besar!!

petang tadi CM bawa adam ke tukang urut... dan alhamdulillah malam ni dah boleh berjalan... dan sudah ke Pasar malam walau pun langkah kaki masih tidak sempurna.





Wednesday, March 28, 2012

mereka tidak sedar....

Biasanya CM mengajar dalam keadaan santai...
budak-budak enjoy  belajar......

tetapi hari ini
taufan besar melanda di kelas 3T
hanya kerana satu ayat yang tidak sepatutnya ada,
ditulis di dalam buku pengesanan ponteng di kelasnya
ayat yang berbaur lucah untuk mereka yang baru di tingkatan 3!!

Bila CM mengamuk bertanyakan siapa yang menulis
ada pula pelajar yang mengaku, kemudian menafikan
mengaku lagi... dan menafikan semula..
seolah-olah satu permainan debat
dengan 1001 alasan...

bagi mereka....  tidak ada perkara yang serius
walau pun cikgu marah, tidak ada apa-apa kesan ke atas jiwa mereka
menjawab dengan nada yang tinggi
hanya satu perkataan yang sesuai...Biadap!!!

mereka menjawab seolah-olah cikgu tidak ada hak ke atas sikap mereka
dan akhirnya
satu penampar jatuh dimuka tanpa sedar!!!
walau pun tak kuat, tapi kesannya amat terasa
(kelas menjadi senyap serta merta)

CM amat rasa bersalah...
(dan memang pun salah disisi undang-undang)
cuma harapan CM
~ dia tidak  panjangkan kes ini ke mahkamah!!! haha..

nasib baik selepas itu keadaan bertukar seperti sedia kala!!.


Monday, March 26, 2012

kenapa tak nak faham???

Panas!!!
Bilik guru dan banyak bilik darjah yang 'black out'
aircond di bilik guru dan kipas dalam bilik darjah tidak dapat berfungsi....
cikgu panas...., pelajar pun sama!!!

Dan kebetulannya
kena mengajar matematik di tingkatan 3 taat pada masa akhir...
3 taat - kelas yang boleh membuat cikgu-cikgu hilang akal...
di tambah pula dengan topik factorise....
topik yang amat sukar untuk di ajar, dan terlalu amat sukar untuk difahami oleh pelajar......

Dah berkali-kali diulang ajar perkara yang sama, bincang soalan yang sama....

and at last............................

"teacher, kita belajar tajuk ni esuk lah...
Math masa pertama dan kedua ....
kalau waktu pagi cepat sikit nak faham!!"

Huh.....
stressnya bila mengajar anak murid tak faham!!!!
kecewa sangat-sangat!!!!







Monday, March 19, 2012

masaalah itu, masaalah ini....

Dia mula mengajak kawan-kawannya ke cyber cafe
Dan dia mula membeli barangan yang diminatinya secara sembunyi-sembunyi...


kemungkinan yang berlaku...

dia mula belajar mengambil duit daripada beg ibunya tanpa kebenaran.
jumlahnya tidak banyak.... hanya cukup untuk mengajak 2-3 orang kawannya masuk cyber cafe melayani computer game!.

bila si ibu masih tidak menyedari, dia mula mengambil untuk menambahkan koleksi barangan peribadi, yang harganya mungkin tidak mahal...



Apa yang patut dibuat???

Memujuk si anak untuk menceritakan semua perbuatannya? Kemungkinan besar si anak yang berumur 10-11 tahun itu tidak mengaku, malah 1001 alasan akan diberi untuk selamatkan dirinya, walau pun 95% cerita yang tidak logik .

Memaksa? Paksa si anak untuk mengaku segalanya??. Ibubapa menjadi seperti polis.... buat segalanya untuk dia mengaku.
Bagaimana kalau dia tidak melakukan? kerana ini hanya kemungkinan semata-mata, walau pun disokong oleh persekiatan yang ada!

Atau membiarkan saja perkara yang lepas...
Tetapi berhati-hati  untuk masa akan datang..
pemantauan berterusan pada aktiviti harian
ditambah dengan doa dan tawakkal....

alangkah sukarnya menjadi ibu dizaman siber ini??

Apalagi seorang guru... yang mempunyai anak-anak dirumah, dan mempuyai anak didik yang juga minta cikgu yang selesaikan masaalahnya!!!!!






Wednesday, March 14, 2012

sekali lagi....

entah kenapa asyik terlupa jer...
agaknya terlalu banyak memikirkan benda-benda yang remeh temeh... atau sememang nya dah masuk fasa tua...

dua tiga hari lepas, ambil duit tetapi duitnya tertinggal dimesin ATM. ceritanya disini

pagi tadi lain pula ceritanya...

selesai masuk kain kedalam washing machine, CM panaskan kuah sup yang masih ada, kononnya tengahari ni nak masakkan nasi ayam penyek resepi rekaan sendiri...he..he..

sementara menunggu sup mendidih, CM siapkan kerja-kerja lain yang menimbun.. dan kemudian terlupa terus apa yang ada di atas dapur.

bersama dengan Adam, kami keluar untuk membeli nasi berlauk untuk sarapan, dan bila melihat tidak ramai pelanggan yang ada, kami terus makan disitu... di kedai Kakak ipar CM. Sambil- sambil itu sempatlah tolong bungkuskan nasi untuk makanan anak-anak dirumah!!

sampai jer kat pintu rumah... MasyaAllah!!! bau hangit penuh satu rumah. Kuah sup satu periuk kering kontang, dan periuknya sudah menjadi hitam,  hangus!!

Nasib baik... Naseef masih dengan game komputer di biliknya, dan bau hangit menyedarkannya ada sesuatu di dapur...
kalau dia tidur selepas subuh, apa agaknya nasib rumah CM tadi....

apa-apa pun, kesyukuran perlu dipanjatkan kepada Allah swt.
semua yang berlaku pasti ada hikmatnya...
CM perlu berhati-hati...
Dah masuk fasa cepat lupa..



Saturday, March 10, 2012

bukan rezeki...

kalau dah tak ada rezeki... nasi dimulut lagikan jatuh!

petang tadi CM ke Maidin Mall untuk belikan bahan-bahan nak buat kek,
kononnya Amar nak jamu kawan-kawannya makan on his birthday, esuk..
sebelum tu singgah di mesin ATM, draw duit RM 300.00.....

Lepas tu terus masuk Maidin ,
CM angkut beberapa barang masuk troly, kemudian  ke kaunter bayaran.
tak sampai setengah jam pun di dalam!!

Masa nak bayar, cari duit dalam purse tak ada...
CM baru perasan duit di mesin ATM belum di ambil...
Selepas kad kelurt dari mesin ATM tu, CM  ambil kad dan dan terus masuk,
lupa duit belum diambil ...

akhirnya
terpaksa minta adik di kaunter tu menunggu sekejap.
Terpaksa ke mesin ATM semula dan  draw duit lain...
Kalau dab bukan rezeki ....
300.00 ringgit hangus begitu saja...
dan beruntunglah sesiapa yang mengambilnya...

Monday, March 05, 2012

mendidik hati....

mungkin ada saki baki memo pertukaran yang masih belum dilaksanakan..
bila ada pertukaran guru, maka 1001kisah yang mungkin timbul..

kawan CM yang baru menerima memo pertukaran ke sekolah yang dihajati selama lebih 8 tahun,  setelah hanya setahun mengajar bersama CM
tetapi hatinya masih berbelah bagi, samada mahu menerima atau tidak.....

'seronok di sini... terasa sangat dihargai!!!'

agak hairan  bila katanya terasa dihargai,  kerana kami semua adalah sama, tidak ada lebih dan tidak ada kurang di antara kami... dan masing-masing tidak berhenti mengeluh kerana kesibukan masing-masing!

'disekolah lama  saya tidak pernah diberi tugas, dan bila diberi tugas disini, terasa kerja buat amat dihargai, dan menyebabkan kita sangat rapat dengan rakan-rakan sebaya.'

alangkah tulusnya dia...

CM yang sentiasa mengeluh kerana tugasan-tugasan disekolah tidak pernah terfikirkan perkara sebegitu,
dan itulah barangkali sebabnya terasa tugas yang diamanahkan menjadi satu bebanan....
yang mungkin barangkali tidak ada ganjaran untuk itu...

saat untuk bermuhasabah dan mendidik hati menjadi lebih ikhlas dalam menikmati hidup yang tinggal sisa-sisanya lagi....

Sunday, March 04, 2012

Terengganu lagi..

semalam baru balik dari lawatan penanda Aras ke Kuala terengganu dan Kuantan selama 3 hari...

Hari rabu minggu lepas baru membereskan urusan rumah sukan pertolongan cemas PBSM semasa kejohanan merentas desa, peralatannya masih lagi bersepah dibilik guru..

kerja-kerja menaip untuk borang keluar masuk dan reten bulanan masih belum dsiapkan lagi, apalagi bila berpuluh-puluh orang yang keluar ke SBP dan berpuluh-puluh orang masuk memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan...

dan pagi tadi, CM menerima surat ini.


terpaksa menghadiri kursus di Kuala terengganu selama 3 hari...

Adusss.... banyaknya perkara yang nak difikirkan....

terpaksa meninggalkan anak-anak bersendirian
( terpaksa ditumpangkan kerumah ibu saudaranya )

kerja-kerja yang masih bertangguh...
( termasuk kelas tambahan masa cuti nanti. )

serta kertas peperiksaan yang menunggu untuk di tanda...

dan yang paling stress adalah tugas selepas kursus...
kerja yang belum tentu dapat dipikul menunggu...

Orang kata:
... Inilah yang dinamakan ujian, untuk Allah menguji kesabaran & ketabahan.
maka redha dan berserahlah... ( ayat untuk release tension  )





Saturday, March 03, 2012

starting point

entri pertama 2012....
dah masuk 3 bulan, tetapi blog masih terbiar
nak kata sibuk... orang lain lebih sibuk,
tetapi keadaan di awal tahun memang terlalu memerlukan komitmen yang lebih terhadap kerja-kerja sekolah
ditambah dengan proses adaptasi dengan jadual harian yang baru,
terutamanya urusan anak-anak.

dan alhamdulillah
semuanya berjalan dengan baik....