Followers

Tuesday, February 11, 2020

AYAH

Melihat kepada pemergian Abam Bocey, tiba-tiba rindukan arwah ayah...
selepas lebih dari suku abad Allah kurniakan oksigen untuk bernafas, saya telah banyak menghadapi saat kematian orang tersayang ... Ayah, adik dan suami. Semuanya mempunyai kisah dan kesedihan tersendiri.
Saya dari keluarga besar, Adik beradik 12 orang.  Ayah tidak ada harta, tetapi dia genggam tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak lebih daripada orang berada. 
Ayah merupakan orang kuat dalam masyarakat. Orang yang yang boleh dikatakan terpelajar pada ketika itu dikampung. Ayah adalah seorang Ustaz. Disaat orang lain masih berjuang dengan kesuasahan untuk hidup, ayah telah masuk dunia politik. Meninggalkan dunia pendidikannya. tetapi namanya sehingga kini dipanggil Ustaz.
Mengikut Subky Latif ( penulis tersohor di kala saya masih muda remaja), ayah adalah wakil rakyat paling muda di Malaysia. Ayah menjadi wakil rakyat semasa pilihanraya pertama 1959 semasa umurnya 19 tahun. Malangnya tidak ada rekod kerana beliau wakil rakyat pembangkang.Menjadi  bekas wakil rakyat pembangkang,  tak pernah hidup senang. Semua kerja ayah buat. Menoreh getah, menyuluh ikan, menjaja kain...
Hidup kami sukar... tapi ayah tak pernah melupakan tanggungjawab memberi pelajaran kepada anak-anak.
Ayah pernah berkata." ayah tak ada harta untuk tinggalkan kepada anak-anak. Tetapi ayah bekalkan ilmu kepada anak-nak ayah supaya ilmu itu menjadi harta nanti"
Alhamdulillah Kami semua menjadi Manusia.
Itulah Ayah... Ustaz Husin Bin Jusoh
Pemgasas PAS Kawasan Besut
YDP PAS kawasan Besut sehingga usia tuanya...
Semoga Allah mengira keikhlasan perjuangannya sebagai saham akhiratnya..
Dan Allah mengampun segala dosa-dosanya..

Thursday, January 09, 2020

2020

Setelah 2 tahun....
azm untuk menulis sentiasa ada
tetapi kekangan waktu
sibuknya dengan urusan dunia tak pernah terhenti
semoga tahun ini
azam akan menjadi kenyataan