Kata Chef Riz memasak itu adalah seni, dan CM patut mengakuinya... Apalagi membuat sesuatu yang cute dan comel seperti ini...
bermula daripada kerja anak-anak menghabiskan masa cuti semester 3 bulan , tempahan diterima daripada rakan-rakan mereka, Tetapi bila semuanya pergi meninggalkan rumah bila semester baru bermula, CM sendiri yang menyiapkan tempahan dari rakan-rakan.. setakat 100-200 masih boleh dibuat selepas waktu persekolahan...
Tetapi bila tempahan mencapai 1000 untuk aidiladha yang lepas, kalut nak menyiapkannya, tetapi masih bernasib baik kerana permintaan untuk dua hari, iaitu hari khamis dan jumaat, dan bantuan daripada Wawa yang kebetulan baru lepas menghadapi peperiksaan SMU boleh dimanafaatkan....
walau penat, tetapi masih sanggup melakukannya.... bila melihat hasilnya yang berwarna warni... Jom... layan jer gambar
|
bancuhan tepung yang sudah diwarnakan |
|
siap diplastikkan untuk memudahkan .... |
|
cup cake yang diatur didalam acuan |
|
ha..ha... mula memenihi acuan |
|
inti untuk menambahkan perasa |
|
sedia untuk dikukus selepas di'polkadot' dengan pelbagai warna |
|
siap!!!! |
|
untuk dihantar kepada tuan punya yang menempah!!! |
Esuk masih ada 500 biji untuk disiapkan...
2 comments:
wahhh... x sgka kak zae dlm bizi2 pun msh smpt memenuhi tempahan.. sgt cantik..colourful lg!!
he..he.. saja-saja jer... tapi kalau sampai 400 biji dah tak sanggup. penat woo..
Post a Comment