Melihat kepada pemergian Abam Bocey, tiba-tiba rindukan arwah ayah...
selepas lebih dari suku abad Allah kurniakan oksigen untuk bernafas, saya telah banyak menghadapi saat kematian orang tersayang ... Ayah, adik dan suami. Semuanya mempunyai kisah dan kesedihan tersendiri.
Saya dari keluarga besar, Adik beradik 12 orang. Ayah tidak ada harta, tetapi dia genggam tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak lebih daripada orang berada.
Ayah merupakan orang kuat dalam masyarakat. Orang yang yang boleh dikatakan terpelajar pada ketika itu dikampung. Ayah adalah seorang Ustaz. Disaat orang lain masih berjuang dengan kesuasahan untuk hidup, ayah telah masuk dunia politik. Meninggalkan dunia pendidikannya. tetapi namanya sehingga kini dipanggil Ustaz.
Mengikut Subky Latif ( penulis tersohor di kala saya masih muda remaja), ayah adalah wakil rakyat paling muda di Malaysia. Ayah menjadi wakil rakyat semasa pilihanraya pertama 1959 semasa umurnya 19 tahun. Malangnya tidak ada rekod kerana beliau wakil rakyat pembangkang.Menjadi bekas wakil rakyat pembangkang, tak pernah hidup senang. Semua kerja ayah buat. Menoreh getah, menyuluh ikan, menjaja kain...
Hidup kami sukar... tapi ayah tak pernah melupakan tanggungjawab memberi pelajaran kepada anak-anak.
Ayah pernah berkata." ayah tak ada harta untuk tinggalkan kepada anak-anak. Tetapi ayah bekalkan ilmu kepada anak-nak ayah supaya ilmu itu menjadi harta nanti"
Alhamdulillah Kami semua menjadi Manusia.
Itulah Ayah... Ustaz Husin Bin Jusoh
Pemgasas PAS Kawasan Besut
YDP PAS kawasan Besut sehingga usia tuanya...
Semoga Allah mengira keikhlasan perjuangannya sebagai saham akhiratnya..
Dan Allah mengampun segala dosa-dosanya..
.......CATATAN MEMORI............
setiap saat masa yang berlalu tak akan kembali
Followers
Tuesday, February 11, 2020
Thursday, January 09, 2020
2020
Setelah 2 tahun....
azm untuk menulis sentiasa ada
tetapi kekangan waktu
sibuknya dengan urusan dunia tak pernah terhenti
semoga tahun ini
azam akan menjadi kenyataan

Tuesday, December 19, 2017
peneman......
keseorangan... kesunyian....
itu yang kebanyakan di rasa bila mendatangnya hari tua kita.
saya mempunyai keluarga yang besar... dengan sembilan anak.
Tetapi anak ramai hanya terasa semasa mereka masih kecil, bila dah besar semua meninggalkan rumah...
kalau dulu, musim cuti sekolah adalah musim yang ditunggu kerana semua anak-anak berkumpul. Masa untuk memasak di dapur... makan bersama.
tetapi sekarang
musim cuti atau tidak, semuanya sama.
Kalau musim cuti bertiga dan kalau bukan musim cuti tinggal berdua...
Cantik aturan Allah...
saya melahirkan anak bongsu di awal 40an, dan dua tahun selepas itu suami meninggal.
Sukarnya hidup dengan anak sulong masih bersekolah dan anak bongsu masih baby..
Tetapi Allah sediakan keluarga yang sangat supportive
Allah kurniakan kawan yang sangat membantu
dan sekarang barulah saya sedar
anak bongsulah yang menjadi peneman hidup saya sekarang
Dia tidak cemerlang dalam pelajaran seperti kakak dan abangnya yang sentiasa mendapat A yang banyak dalam UPSR
Rupanya Allah telah aturkan demikian
supaya dia tidak impikan SBP atau MRSM
yang membolehkan dia menjadi peneman hidup saya sekarang...

Sunday, December 03, 2017
jadual waktu
cuti telah bermula, tapi saya baru nak mula kerja. Persiapan untuk 2018.
Guru-guru perlukan jadual baru untuk memulakan tugas.
Orang lain memulakan tugas tahun baru bila bermulanya bulan Januari, tetapi kami yang bertugas untuk membuat jadual waktu, berakhirnya sessi persekolahan maka bermulalah tugas kami....
tidak ada istilah bercuti..
tidak ada istilah rehat..
Stress???
hanya keikhlasan yang membuat kami tidak rasa stress
tahun baru bermula... cikgu-cikgu menerima jadual waktu, maka bermula lah episod baru..
mengapa saya diberi kelas tak elok?
mengapa saya sentiasa di waktu akhir?
mengapa saya setiap hari masa pertama?
Stress??
hanya keihklasan yang membuat kami tidak merasa stress..
tapi Ikhlas itu sukar...
itulah sebabnya hari mengagih jadual waktu guru, terasa ingin ambil CRK seminggu...
Saturday, January 07, 2017
WELCOME 2017
May Allah ease me everything
Menggalas tugas dan tanggung jawab yang masih terpikul di bahu...
Dengan anak-anak yang jauh dari keluarga ,
~menunai amanah Allah untuk menuntut Ilmu
~ dan menunai tanggungjawab lain yang dituntut oleh agama, bangsa dan negara.
Semoga blog ini terisi di tahun ini.

Tuesday, November 17, 2015
sendiri....
Terpaksa ke pejabat Tanah Pasir Mas untuk tandatangan dokumen...
Dan saya berpeluang menyusuri jalan yang menjadi laluan saya setiap hujung minggu semasa Akiff belajar di Maahad Tahfis Sains Tanah Merah 7 tahun lepas. Akiff berpindah ke Tanah Merah dari Tumpat selepas Abahnya meninggal dunia, dan setiap minggu saya kesana bersama Adam dan Amar. Tapi kali ini saya keseorangan.... memandu sambil mengumpul kenangan. Amar sudah memasuki sekolah berasrama dan Adam sendirian di rumah. Sudah tidak ada keseronokan untuk menemani uminya bila tidak ada kawan.....
Rupa-rupanya sudah lebih enam tahun saya tidak melalui jalan itu . Selepas Akiff menduduki SPM saya tidak ada kepentingan ke sana.
..... Banyak tempat yang meninggalkan kenangan di laluan itu.
Tempat yang saya berhenti untuk lelapkan mata bila terlalu mengantuk......
kedai yang kami selalu singgah bila ada barang-barang diperlukan untuk di bawa ke asrama....
stesyen petrol yang saya berhenti untuk penuhkan tangki minyak kereta...
Dan banyak lagi...
7 tahun lepas kereta akan riuh rendah dengan suara kanak-kanak yang bertanya itu ini, menyanyi-nyanyi dan kadangkala bergaduh sesama sendiri. Sendirian di dalam kereta menyebabkan saya menjadi rindu.....terlalu rindu..... rindu kepada masa yang lalu....
Kenyataannya bila anak-anak dan besar, kita akan sendirian semula...

Saturday, October 24, 2015
sibuk dan kosong
saya cikgu yang sibuk...
sibuk dengan tugas-tugas mengajar, sibuk dengan tugas-tugas diluar daripada pdp. Sibuk dengan tugas yang bukan semua cikgu boleh buat. Buka email, baca email dan hantar laporan melalui email. Benda yang remeh tetapi banyak mengambil masa rehat saya. itu tidak termasuk tugas online guru yang 1001 jenis...
saya merasainya.... dan saya menghayatinya..
bila habis peperiksaan PT3, dalam masa yang sama tugas menyiapkan pindah peruntukan kebitaraan SKK siap dan ketika itu juga profail individu siap dikemas kini.... Silibus tingkatan 1 sudah habis. Tugas setahun saya hampir 95% sudah dibereskan... hanya menunggu menanda skrip PT3.
Saya merasa bebas seketika. Saya 'delete' semua 'fail' yang ada di dalam kepala. kosong!
Tenang dan Relaks!
Saya balik ke rumah jam 2.30 petang, berbanding sebelum ini, semasa azan asar berkumandang, saya masih lagi memegang stereng kereta di atas jalan, atau masih bersama pelajar saya di bilik guru. Hebat!! Dan lebih hebat bila tekanan darah saya menurun dari 141/89 kepada 124/81
Daripada situasi ini saya sedar sesuatu....
bila kita mahukan otak kosong , maka ia akan kosong... dan kita menjadi blur..
dan lagi....
bila kita meletakkan diri kita sangat sibuk , maka perkara yang penting untuk diri menjadi remeh... tidak termasuk dalam senarai untuk diselesaikan!
Sehinggalah pada satu ketika otak kita tidak lagi memberi fokus utama kepada kerja..barulah kita sedar banyak yang terabai...
rata-rata komen yang saya dapat dari facebook adalah mempersoalkan apa yang saya fikirkan... dan adakah saya tersangat sibuk sehinggakan perkara ini berlaku??
jawapan saya....
saya tidak sibuk kerana masa sibuk saya telah berlalu....
dan saya tidak banyak berfikir kerana saya telah mengosongkan fikiran saya untuk kerja....

pada masa itu saya tak memikirkan itu kereta siapa, teapi apa yang saya fikir kenapa kereta saya berbeza!!! |
dan lagi....
bila kita meletakkan diri kita sangat sibuk , maka perkara yang penting untuk diri menjadi remeh... tidak termasuk dalam senarai untuk diselesaikan!
Sehinggalah pada satu ketika otak kita tidak lagi memberi fokus utama kepada kerja..barulah kita sedar banyak yang terabai...
rata-rata komen yang saya dapat dari facebook adalah mempersoalkan apa yang saya fikirkan... dan adakah saya tersangat sibuk sehinggakan perkara ini berlaku??
jawapan saya....
saya tidak sibuk kerana masa sibuk saya telah berlalu....
dan saya tidak banyak berfikir kerana saya telah mengosongkan fikiran saya untuk kerja....
Subscribe to:
Posts (Atom)