Followers

Saturday, October 24, 2015

sibuk dan kosong

saya cikgu yang sibuk...
sibuk dengan tugas-tugas mengajar, sibuk dengan tugas-tugas diluar daripada pdp. Sibuk dengan tugas yang bukan semua cikgu boleh buat. Buka email, baca email dan hantar laporan melalui email. Benda yang remeh tetapi banyak mengambil masa rehat saya. itu tidak termasuk tugas online guru yang 1001 jenis...
saya merasainya.... dan saya menghayatinya..

bila habis peperiksaan PT3, dalam masa yang sama tugas menyiapkan pindah peruntukan kebitaraan SKK siap dan  ketika itu juga profail  individu siap dikemas kini.... Silibus tingkatan 1 sudah habis. Tugas setahun saya hampir 95% sudah dibereskan... hanya menunggu menanda skrip PT3.

Saya merasa bebas seketika. Saya 'delete' semua 'fail' yang ada di dalam kepala. kosong!
Tenang dan Relaks!
Saya balik ke rumah jam 2.30 petang, berbanding sebelum ini, semasa azan asar berkumandang, saya masih lagi memegang stereng kereta di atas jalan, atau masih bersama pelajar saya di bilik guru. Hebat!! Dan lebih hebat bila tekanan darah saya menurun dari 141/89 kepada 124/81

Daripada situasi ini saya sedar sesuatu....

bila kita mahukan otak kosong , maka ia akan kosong... dan kita menjadi blur..

 pada masa itu saya tak memikirkan itu kereta siapa, teapi apa yang saya fikir kenapa kereta saya berbeza!!!

dan lagi....
bila kita meletakkan diri kita sangat sibuk , maka perkara yang penting untuk diri menjadi remeh... tidak termasuk dalam senarai untuk diselesaikan!
Sehinggalah pada satu ketika otak kita tidak lagi memberi fokus utama kepada kerja..barulah kita sedar banyak yang terabai...



rata-rata komen yang saya dapat dari facebook adalah mempersoalkan apa yang saya fikirkan... dan  adakah saya tersangat sibuk sehinggakan perkara ini berlaku??

jawapan saya....
saya tidak sibuk kerana masa sibuk saya telah berlalu....
dan saya tidak banyak berfikir kerana saya telah mengosongkan fikiran saya untuk kerja....









1 comment:

Ghazali said...

Salam Cikgu;

Cikgu dah bersara ker?

Kalau di sini, walaupun dah berusia lebih 70an , namun masih lagi bekerja / mengajar ... contohnya Cikgu Speech anak saya, boleh dikatakan lebih tua dari Ibu Mertua saya, namun beliau tetap mengajar lagi ...

Apa apa pun ... muga Allah memberi kesihatan yang baik buat Cikgu.