"Banyak kerja " ... huh!
Sebelum discharge, doktor daripada ward 28 ada bertanya CM berapa hari perlukan cuti...
dan dengan selamba CM menjawab "tak payahlah... hari jumaat & sabtu dah cuti..."
Didalam kepala hanya terfikir kelas 3 Setia & 3Amanah... dah ketinggalan 2 topic daripada kelas-kelas lain. CM terpaksa masuk gear betul-betul untuk membawa mereka mengejar kelas-kelas lain. Dalam kepala hanya nak mengejar syllabus!
Tetapi sebelum pulang kerumah semalam, S/U Sekolah Kluster menyampaikan berita yang baik (???....)
"Projek Menggilap Bintang PMR dah diluluskan. Proceed !"
Dan dalam masa 3 minggu ni, bermacam borang dan surat yang perlu disediakan...... maka bertambahlah senarai kerja CM. Itu belum dikira menyediakan bahan untuk perbengkelan.
Terdetik juga sekali-sekala
'mengapalah sistem pembahagian kerja disekolah tidak dapat di buat dengan betul?'
Ada orang yang terbeban dengan 1001 macam kerja.... tetapi ada pula yang relax memanjang................
Tetapi itulah adalah jiwa CM....
Dunia pendidikan..... berinteraksi dengan anak-anak remaja yang nakal......
Walau pun penat, keseronokan tetap ada!!
malam ni nak siapkan draf aktiviti dan AJK program.... by the end of this week, kena buat mesyuarat guru form 3... ( ini arahan S/U Kecemerlangan... he..he..)