Followers

Thursday, September 24, 2009

1st DAY RAYA.....

SALAM AIDILFITRI...
Kesibukan dihari raya menyebabkan tak sempat nak membuka blog....

CM beraya dirumah Bonda, bertolak pulang ke kampung pada hari Sabtu
dan terus pulang ke KB pada pagi hari raya kedua.

Aidil Fitri yang meriah, walau pun 4 daripada adik-beradi CM beraya dirumah mertua masing-masing!

Malam raya adalah upacara membakar bunga api...

kecil, besar, tua & muda berkongsi gembira...
yang besar membantu yang kecil, yang tua menjaga yang muda!

Selepas solat Aidil Fitri... semua berkumpul untuk bermaaf-maafan,

dan bersalam-salaman,

untuk anak-anak kecil & golongan remaja,
proses mengumpul duit raya

kemudian acara makan-makan.....
lemang, ketupat, satay, nasi dagang, nasi minyak
( semua ada )

dan seterusnya acara berposing didepan kamera...
huh...banyak betul kamera.... satu family satu kamera, ditambah dengan kamera telefon..

dan akhirnya bergambar dengan family masing-masing!

CM dengan anak-anak!
tema tahun ni warna oren, ada yang lari tema
tetapi masih dalam tone yang sama...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2009
MAAF ZAHIR & BATIN

Friday, September 18, 2009

SALAM LEBARAN


UNTUK SEMUA YANG PERNAH MENGUNJUGI BLOG CM
MAAF ZAHIR & BATIN


Sunday, September 13, 2009

menanti di barzakh.....

Lagu ni dah banyak kali terdengar di radio... tetapi tidak pernah kisah pada lirik lagunya!

tetapi bila Iqah menceritakan dia menangis teresak-esak bila guru muziknya menunjukkan video lagu ini, menyebabkan CM tertanya-tanya..
kenapa ??



mungkin ada sebab yang menyebabkan dia sedih...

tetapi bila menghayatinya liriknya...
lagu ini penuh keinsafan.....
semoga kita dapat ambil iktibar daripadanya!

Friday, September 11, 2009

rajin nya???

jumaat yang panjang....... dengan otak yang lega, kerja sekolah tak payah difikirkan...
dari pagi tidak ada apa yang nak dibuat...

akhirnya buka kotak jahitan....
masih ada 2 helai tudung bawal yang belum berjahit, dan rasanya hari ini dan esuk penoh dengan agenda jahit sulam tudung.

dan selepas s zohor, angkut Amar & Adam ke Bilal....kutip bahan-bahan untuk buat biskut.
Pukul 3.30 baru mula menguli adunan... erm..pastinya tak sempat nak siapkan, so, kena bungkus adunan dan masuk peti, to be continued tomorrow.

Kenapalah CM rajin sangat hari ni... tapi semuanya kena bersambung besuk..
Kalaulah besuk malas nak buat... tak taulah apa yang berlaku?????
Ahad dah sekolah semula.. hu..hu..

Wednesday, September 09, 2009

amin......

hari ini agak rileks....
masuk kelas untuk latih tubi... dan sempat lagi buat kelas tambahan untuk pelajar gred C & D.
Sampai terlupa ada mesyuarat AJK Penyampaian KWAMP ....
hinggakan terpaksa di panggil melalui telefon. Adui... CM betulbetul dah jadi pelupa!
(
maafkan saya wahai PK HEM ....eh...eh..dia tak baca pun blog ni....)

Sebelum itu ada perbincangan AJK Kecemerlangan PMR dengan kaunselor. Kami (Sir pathi, YM Tg Muni, Ustz Fittriyyah, Su Samanaih dan CM) berbincang pasal perancangan program untuk calun PMR, bermula 10/9/2009 sehingga hari PMR, termasuk 2 hari cuti diantaranya...
Program full...
yang belum pasti hanyalah commitment pelajar!

Inilah yang dikatakan guru lebih laju dari pelajar....
semoga Allah kurniakan kejayaan kepada mereka hasil dari kesungguhan kami.....
Amin.......


Monday, September 07, 2009

.......begitulah!!

esok dah nak sekolah semula...hari ni cuti nuzul quran.
aduish.... kalau boleh nak duduk jer rehat kat rumah....tension!!!

4- 5 hari lepas kerja terlalu penat... dan terlalu banyak kesilapan yang dilakukan.

hari Ahad minggu lepas ( 30 ogos ) dapat surat drp PPD nak analisa trial Exam PMR pada 3 sept, sedangkan pihak sekolah menetapkan 9 hb serah markah kepada form teacher.

hari isnin 31 ogos..cuti! so, markah paling awal form teacher dapat pungut daripada guru subjekpada 1 sept, dan CM boleh dapatkan daripada form teacher pada lewat tengahari.
tetapi nak jadikan cerita, sistem komputer bilik peperiksaan jam..., so CM tak dapat nak import data untuk bereskan kerja dirumah pada hari tersebut.

2hb CM mula key in markah... 224 orang dengan markah lapan & sembilan subject.... dan akhirnya siap pada waktu tengahari. Bila disuruh pelajar semak...terlalu banyak kesilapan kerana markah asal adalah markah daripada guru sebelum perbincangan dengan pelajar. Dan ada guru tingkatan tersilap menulis markah kerana senarai nama tidak sama dengan senarai nama asal.

Pagi 3hb CM betulkan semula markah pelajar, satu demi satu dan kelas demi kelas..... ( dan CM mendapat tahu, melalui panggilan telefon, analisa mesti dihantar sebelum jam 1.00 pm).
Kerja dalam keadaan stress, tatapi semuanya beres sebelum jam 1.00.

Kemudian maklumat itu ( tanpa disemak oleh guru subjek ) CM pindahkan ke Excel mengikut format yang PPD kehendaki... ( kerana excel mudah, masuk jerr formula, peratus & jumlah akan keluar sendiri ) dan faxkan ke PPD, dan hantar salinan kepada pentadbir.
Alhamdulillah, rasa lega selepas dua hari bermain dengan nombor di depan komputer.

Semalam ( Ahad 6hb ) , baru CM diberitahu bahawa maklumat yang dihantar ada kesilapan...
CM tersilap taip nombor, menyebabkan peratus kelulusan menurun lebih daripada 10%.
telefon PPD untuk betulkan.... ( maaf, itu kecuaian CM )

Kemudian, bila dianalisa oleh guru subjek... adalagi yang salah..... sistem yang silap atau apa???
markah yang CM betulkan sehari suntuk pada hari rabu, ada yang tidak dibetulkan..., yang keluar adalah markah asal, yang TH diberi gred E, menyebabkan banyak analisa menjadi silap!
haru jadinya.......

Sekali lagi CM berkurung dibilik peperiksaan untuk betulkan markah, dan kecewanya bila sekali lagi perkara yang sama berlaku. Pembetulan tidak diterima oleh sistem.
Penuelesaiannya terpaksa rujuk SUP, dan akhirnya kami menemui penyakitnya.... pada markah sains. Mungkin Penganalisa sekolah lain menerima program SPP yang sama .
Lewat tengahari itu, SUP terpaksa menghantar semula analisa ke PPD .
(Ampunkan saya SUP.......)

Bayangkan.... 3 hari berkurung di bilik peperiksaan.... tetapi menghasilkan kerja yang boleh dibakulsampahkan......

Dari tahun 2003 CM buat kerja analisa ni, tak pernah terjadi begini!!
sedih... kecewa.... tension!!!

Esuk mesyuarat post mortem..... hu...hu..hu... Takut!!!!!

moral of the story;
tahun depan CM dah tak boleh jadi penganalisa, dah tua....lantiklah orang muda.

Friday, September 04, 2009

Ramadhan 2009 - untuk contest Jard!

teringin nak masuk contest yang di buat oleh jard.

ingatkan nak masukkan gambar semasa berbuka beramai-ramai dirumah bonda sempena hari kebangsaan, tetapi tak ada pula muka CM di dalam banyak-banyak gambar tu.... biasalah....bloggers biasanya menjadi cameraman!

dan kebetulan petang tadi sepupu CM menjemput CM sekeluarga berbuka puasa.
(thanks Azimah & Amran.)

tempat:
Dewan Z & H Inn, Kota Bharu

Menu :
Buah Kurma , kuih Akok & air bandung
Nasi Putih, singgang tulang, ayam goreng
Ikan rebus goreng, telur masin
budu, sambal belacan & ikan bakar tawar
berserta ulam-ulaman
termasuklah petai, kacang bendi & terung yang dicelur,
pucuk gajus, ulam raja, dll.

jemputannya lebih kurang 250 orang, ramai juga yang CM tak kenal pun. he..he..


saat berbuka puasa petang tadi bukanlah the best moments of Ramadhan ( tajuk contest), tetapi ia lebih kepada merungkai kenangan silam... momen-momen indah di bulan ramadhan sebelum ini.
CM bersama Amar menunggu saat berbuka, disebelah tu adalah ibu saudara CM
( Iqah tidak ada dalam gambar kerana terpaksa menjadi Cameraman.)

CM sudah lama tidak berbuka puasa di luar, sama ada hotel atau restoren.
Sebelum arwah suami CM meninggal, ( dia meninggal sehari sebelum puasa 2006 disebabkan accident)
selalu juga kami mengadakan makan-makan atau berbuka puasa di luar.
Tempat makan seperti Restoren Syam, Oriental, Restoren terapung Sri Tujuh & Four Season biasanya menjadi pilihannya. Sebelum meninggal, dia ada menyebut untuk membawa kami ke New Horizon ( masih baru pada masa tu...) tetapi tidak kesampaian.

Mungkin tidak sama dengan keadaan sebelum ini yang riuh rendah dimeja makan, kali ini CM hanya bertiga, iaitu Amar & Iqah... dan kedua-duanya sepi seribu bahasa. Lebih-lebih lagi bersama dengan ramai orang yang tidak dikenalinya. Anak-anak lain masih di asrama, sementara Adam & Naseef menemani bibik dirumah!!

Biasanya agenda makan diluar dilakukan bila semua ada... 9 anak-anak, umi & Abah.
Itu yang menyebabkan CM tidak membawa anak-anak makan atau berbuka puasa diluar sekarang..... kerana tidak cukup Ahli!
Dan ia tidak akan cukup untuk selama-lamanya!!

Thursday, September 03, 2009

hero tok ggaduh!!!!

alhamdulillah.....
sehari suntuk hari ni digunakan untuk key-in markah dan buat analisa Trial PMR.
lega rasanya bila semuanya dah beres...

Cuma yang tak beresnya adalah pencapaian pelajar.
target straights A's 102 orang...
yang capai hanya 13 orang daripada 224 calon tahun ni....

cikgu-cikgu dah lari pecut 100 meter,
tetapi di orang masih berlenggang dengan santai!
begitulah bila dapat semua anak lelaki ni.....
semuanya last minute!
Hero tok ggaduh!!!!!

Cuma,
cikgu yang berdebar siang malam.....................!

Wednesday, September 02, 2009

kalaulah masa boleh diputar kembali...

Kenapa umi jadi cikgu???
dah beberapa kali soalan ini keluar dari mulut anak-anak....
jawapannya kerana tak ada kerja lain... dan selebihnya Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita!
CM grad 1886.... ekonomi merudum, tak ada kerja! temuduga sana, temuduga sini, akhirnya pilih Diploma Pendidikan... itu pun selepas 4 tahun duduk rumah jaga anak!

dan sambil berborak santai dengan anak-anak di dalam kereta balik daripada rumah bonda kelmarin, issu ini timbul kembali!

InsyaAllah 3 anak CM akan ke IPTA tahun depan...
Akif akan ambil SPM tahun ini, dan targetnya selepas ini hanya satu..... BMI.
Semoga Allah makbulkan!

Aliaa masih tercari-cari... kalau result matrikulasi okey, dapat buat medic, alhamdulillah!
tetapi kalau result tak okey.... mungkin jadi cikgu, katanya!

Dan Farhani masih kabur, lepas diploma nak sambung degree dalam bidang apa...
yang pastinya tak mahu jadi cikgu!!

kalaulah masa boleh diputar kembali....
Dan kita advance seperti anak-anak zaman sekarang...
mungkinkah cikgu-cikgu juga tidak memilih untuk menjadi seorang guru??