Followers

Thursday, April 30, 2009

demam.... & family day??

Malam tadi, tiba-tiba my youngest 5 years old boy, Adam, demam! Tidurnya sering terganggu.....

Nak turun ke sekolah pagi tadi, tubuhnya masih panas!!
‘Kalau Adam demam, Esuk kita tak boleh pergi ke pantai’ kataku.

Eh…Eh...tiba-tiba dia bangun…
‘takkk….Adam tak demam’

Aku menyentuh dahinya…. Panas! Memang panas!
‘Adam demam lagi ni…’

Tetapi dengan semangat berkobar-kobar, dia berkata
‘Adam tak demam…’

Balik dari sekolah…

‘umi…bila nak gi pantai?’
Huhu…semangat betul…walau pun badannya masih panas.

Dan …
Dia masih turun bermain bersama kawan-kawan untuk membuktikan dia tidak demam..

Kerana kalau dia demam, dia akan ditinggalkan!!!

Esuk…

1 Mei..hari pekerja
Dan Hari keluarga kakitangan SIC
…..di Perdana Resort, PCB.

Wednesday, April 29, 2009

pameran kerjaya , gerai jualan & .....

Semua boleh….
Hari ini di SIC ada pameran kerjaya dan Seminar Pendidikan Tinggi di Dewan Tengku Mahmud yang diresmikan oleh Tuan PPD.Dalam masa yang sama, Persatuan, Kelab dan Unit Badan Beruniform mengadakan gerai jualan untuk menambahkan dana Kelab.

Kemudian ada pula sessi Penilaian guru Inovatif peringkat kebangsaan oleh Kumpulan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Walau pun begitu, P&P tetap berjalan!!!!

Pemeran ni amat berguna untuk lepasan SPM & STPM. Ramai bekas pelajar SIC yang datang, juga peserta dari sekolah-sekolah sekitar..
Kiranya berjaya lah pameran hari ni…


Selepas ke kelas 1G, CM meronda ketempat Pameran…



Banyak IPT yang ambil bahagian….tapi satu pun CM tak berminat…belum ada semangat untuk sambung masters atau phd. Tetapi CM ambik semua apa yang dihulurkan


Dalam banyak-banyak tu. Ada satu yang tersangkut….Novel Andai itu Takdirnya...... ganti masa terlepas pameran buku bulan lepas!Rupa-rupanya disitu juga ada gerai SMO.



CM sempat pula buat pemeriksaan kesihatan oleh pelajar-pelajar KIST.... Hmm....semuanya tidak memuaskan, kecuali BP

Nampaknya selepas ni kena buat follow up di Klinik swasta berdekatan.....

Sunday, April 26, 2009

berkumpul tanpa dirancang

Hari Khamis balik kampong….best juga kerana ramai yang berkumpul dirumah bonda.

Che Bah dari Perlis, balik melawat anaknya di MRSM Pengkalan Chepa, then habiskan masa (tanpa Ayah Din ) rumah bonda dua hari…

Che Long & Ayah Long dari Kuala Terengganu, juga pulang ,

Che Da dapat pulang minggu ni, biasanya hujung minggu ada on call, but this week tak ada, because, katanya hari Ahad ni kena pergi ke hospital Kemaman…Hoi…busynya jd doctor!

Meriah betul bila ramai-ramai berkumpul….

Che Ma & Ayah Yi

Che Lah & Ayah Li

Ayah Mi & che Ani

Ayah sir & Che Dah…

Bile dah masing-masing berkeluarga, sekali sekali pertemuan adik beradik mengasyikkan…

Apa lagi pertemuan tanpa dirancang begini….

Saturday, April 25, 2009

alahai....tingkatan 3M

Ini entry terakhir untuk 3 mulia, sebelum ni dah ada 2 entri khusus untuk mereka

Dengar khabarnya persembahan kumpulan Muzik (termasuk mereka ) mereka di kb Mall okey….tahniah!!!

Minggu lepas, latihan mereka adalah adalah sangat intensif… hinggakan terpaksa tinggalkan kelas…ygng menyebabkan CM meng’high’kan volume suara lagi…(Sebenarnya tak marah pun… sbb mereka melakukan untuk sekolah, tapi saja tunjuk-tunjuk marah )

Tetapi hari selasa, they all sangat baik…
Math masa pertama dan semua pelajar berada di dalam kelas…dan selepas masa math barulah mereka bergerak ke bilik muzik .Hmm….CM suka, sebab mereka telah jauh ketinggalan dalam subjek ini!!!

Hari khamis (sehari sebelum persembahan ), CM berjumpa Hafiz, their Class Monitor.

CM: ada latihan lagi hari ni??

Hafiz : Tak tau lag..tak jumpa cik gu razi lagi..

CM tak cakap apa-apa pun, kerana sebelum tu CM dah bercakap dengan Cik gu Razi tentang persembahan yang mereka lakukan. SIC mewakili JPN…so tak nak menghampakan amanah yang diberikan…

Tetapi selepas tu, jumpa Basyir..

CM: Ada latihan hari ni?

Basyir: ada, tapi masa math , kita belajar..

CM: Okey..saya masuk mengajar.

Masa 4-5, CM masuk mengajar….all of them baik-baik hari ni..nampak menumpukan perhatian,. beri latihan pun dapat buat dengan baik. ..Enjoy….

Rupa-rupanya seharian hari tu, mereka hanya belajar mathematics,sebelum math mereka di bilik muzik dan selepas waktu math, they all bergerak semula ke bilik muzik…

Ho..ho..ho..timbul persoalan dikepala CM..adakah diantara mereka yang membaca blog CM???

Kalau ada di antara mereka yang membaca blog ini…ketahuilah…cikgu marah sebab cikgu sayangkan kamu…pelajar yang mengambil muzik adalah pelajar yang cemerlang…keputusan PMR sebelum ini telah membuktikan nya…jadi janganlah 3 M tahun ini memusnahkan sejarah ini,,,

Dan CM hanya tersenyun bila cikgu sainsnya bersungut panjang kerana dilanda kebimbangan takut tak sempat nak kejar silibus untuk mid-year exam nanti.

..................rupa-rupanya, semua cikgu 3M dalam kebimbangan.......

Tuesday, April 21, 2009

minat mereka di situ....

Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh menyebabkan kita tension…
Tak tau kenapa….. (Hanya hati yang boleh menjawabnya..)
Hari ni masuk kelas pun tak enjoy…

Kesian 3 MULIA……. Asyik terkena jer…
Minggu lepas dah seminggu tak dapat mengajar kelasnya….masa matematik jer.....adalah yang menghalang…latihan muzik, perjumpaan ibu bapa, CM ke mahkaham syariah pun terkena masa kelas mereka. huhuhu…...

Minggu ni bermula dengan volume yang tinggi lagi
CM masuk kelas......hanya 4 orang ada… yang lain ada di bilik muzik.....dah seharian mereka berlatih…dan dengarnya dari pagi mereka tidak belajar.....

simpati juga, tetapi mereka dah ketinggalan terrrsangat jauh drp kelas-kelas lain…

ok, macam mana pun cikgu nak mengajar juga…ada sorang pun cikgu mengajar hari ni…’

Selepas 5 minit…3 orang lagi masuk…. 10 minit kemudian…..beberapa orang lagi masuk…dan habis masa pertama…semua pelajar dah ada dalam kelas… ( sorry cikgu Razi, tapi rasanya latihan dah nak habis masa tu….)

……they all kerja kuat untuk muzik…....latihan dari pagi hingga malam….
and they enjoy theirselves.

( sikap yang boleh dipuji…)
kalau lah sikap ini juga ditunjukkan semasa belajar matematik…..pasti dia orang cemerlang….

Psssttttt: sape-sape yang nak tengok pelajar CM buat persembahan…
silalah ke KB Mall pada hari Jumaat ni… 24 hb April, jam 8.00 malam, Sempena Hari bersama Pelanggan Kementerian Pendidikan
Malaysia./ JPN Kelantan.

Acara yang mereka persembahkan tak pasti…tak sempat nak Tanya…
( They all not bad…., tapi jangan lah banding dengan kumpulan muzik pro..
credit to their music teacher, En Razi Daud )

Sunday, April 19, 2009

mungkin betul..atau kebetulan?

Biasanya bila kawan-kawan anak CM datang ke rumah, CM akan keluar sebentar, bertanya khabar dan kemudian membiarkan mereka berbual sesama sendiri… menyelongkar almari buku mencari novel dan kadang-kadang naik ketingkat atas melepak dibilik anak CM ….membiarkan mereka selesa seadanya tanpa gangguan dari CM.

Last Thursday, bila berkumpul beramai-ramai bersama anak-anak….then terkeluar satu statement yang agak mengejutkan CM….
One of my daughter said, her friend pernah tanya ‘ Umi memang jarang keluar dari bilik ke”…
And she replied “entah…lepas abah meninggal…dunia umi hanya dalam bilik jer..”
huhu….mungkin betul atau mungkin kebetulan….tetapi CM tidak menyedari perkara itu berlaku…
Bila dah tercerita tentang perkara itu…maka, my son yg memang kuat makan (The biggest one….bigger than Umi ) pun menambah “umi pun tak pernak masak lepas abah meninggal…semuanya bibik yang masak”
……………………………………………….
Ohoo…perkara itu berlaku tanpa disedari, perubahan yang berlaku sedikit demi sedikit….)

Tak memasak?? CM bukan tak suka memasak..suka! tetapi selepas arwah meninggal, kalau CM masak pun tak ramai yang makan….so, semakin hari semakin malas…. Tetapi CM ajar bibik memasak…and at last semua nya bibik dah pandai…nasi ayam, spaghetti, ikan kukus, tomyam…so, sekarang semuanya bibik yang buat…CM dah bersara drp periuk belanga.. apa lagi dengan kesibukan dunia persekolahan sekarang!

Betul ke dunia umi dalam bilik jer…
Masa arwah ada, memang ada masa kita lepak-lepak di ruang tamu untuk berbual dan berbincang, tetapi sekarang ruang tamu dah lengang.. hanya jadi kelas tempat mengajar Irfan sekali seminggu….
dulu, setiap malam CM menunggu Arwah pulang sambil menonton tv, so terjumpalah cerita bersiri yang menuntut CM mengadap TV setiap malam.... tetapi selepas dia meninggal, CM masukkan ASTRO, dan siaran TV dah jadi hak milik penggemar kartun, penggemar bola dan penggemar animax, bukan lagi menjadi tempat lepak CM.... (Sekarang hanya menonton Slot AF.. program yang sangat berhantu...)

Apa lagi… dengan satu laptop & satu printer didalam bilik, CM agak selesa di dalam bilik…buat kerja sekolah sambil layan internet

Dan nasib baiknya...bilik CM juga menjadi tempat lepak anak-anak... penuh dengan harta milik mereka...termasuk satu buaian yang dibuat drp tali!!!

jadi...tanpa disedari...hidup CM seharian hanya di dalam bilik...


Saturday, April 18, 2009

sweet memory......

Dari pagi asyik tidur jer…badan masih belum pulih sepenuhnya…..penat…lesu…
Tak tahu nak buat apa…tiba-tiba teringat kenangan lama.
SESMA 1975 – 1980
Sebahagian dari kami still in touch melalui Yahoo group…

So, CM buka email, nak baca berita dia orang….
tup-tup biah (my ex-classmate ) sedang on line….tak pernah berkebetulan begini…tapi hari ni berlaku dengan keizinanNya
chat dengannya sebentar melalui YM

OOoo…rindunya zaman persekolahan dulu…hampir 30 tahun yang lepas..
Kita orang very close…macam adik beradik (5 tahun berkongsi segala di asrama) …and teachers also..
Hingga hari ni still in touch dengan Cikgu Shukri - cikgu Matematik CM dulu( sekarang di PSPN Perak)
Cikgu lain …cik gu Mohamad Ariff(BM), cikgu wan Mohzan(BI), cikgu Ramli (Seni), cikgu Razali (BI), cikgu Aziz Badiozzaman(sc), cikgu Aisha Bee (ERT), cikgu Tajuddin(math) dan banyak lagi…..still in memory..

Gathering batch 1980 sentiasa ada…tapi CM tidak pernah berkesempatan ( atau memang tidak bersungguh untuk ikut).
Rindu untuk bertemu kembali memang tersangat rindu…tetapi kadang-kadang malu dengan diri sendiri..

Kebanyakan mereka sudah menjadi somebody..
Zaki..dah jadi Prof di UPM
Iskandar….huh..tengoklah dikedai buku…kebanyakan buku ICT dalam bahasa melayu adalah tulisan beliau..Iskandar Abdul Rashid!
John (Hanafi Ramli), Musu (Saifuddin Sulaiman), saifuddin Yong, Loh (Shukri Abd Rahman), Solahuddin, Rosedelima..…semuanya sudah menjadi orang yang berjaya..

Kalau bercerita dengan anak-anak, CM bangga menceritakan kepada mereka tentang kawan-kawan CM.
BadrulHisham….orang yg bertanggungjawab membina Stadium Negeri Terangganu
Azman....orang besar bank Negara yang kini bertugas diUK
Tg Hasmadi….orang kuat Plus Liner..
Prof Izzuddin Hj Ali....dah ada slot sendiri dalam radio HotFm
……….
And banyak lagi yang tak tersebut namanya disini…

....................sedangkan CM hanya seorang cikgu.....yg mengajar disekolah biasa-biasa...



Friday, April 17, 2009

ujian tuhan...

Adoiiii…..

Dugaan drp Allah.

Sebelum kelas bersama Irfan,

makan nasi bungkus yg dibeli sejak pagi…

konon-kononya takut membazir…

Sedangkan nasi ayam masakan bibik sudak terhidang di atas meja.

Semasa sedang mengajar, dah terasa perut memulas, still okey…

Bila habis jer kelas…

Perut mula memulas..

Kaki mula berulang ketandas..

Dan mulut mengeluarkan angin ….oukk….oukk..

Then, suruh Aliaa urut belakang….

Kemudian naseef mengambil tempat


ingat semula masa ajar Bio dulu…

'Kalau bacteria masuk kedalam system pencernaan.

Badan akan mengambil tindakan untuk keluarkannya

Sama ada cirit birit, atau muntah…atau kedua-duanya sekali….’

So, sebelum solat Asar

Ku cuba muntahkan semua yang ada..

Alhamdulillah…..terkeluar semua isi perut…

Oho….penat rupanya bila muntah ni…

Letih lesu seluruh badan

Lepas solat Asar..

Tidur sekejap..

Dengar ditelinga

suara Amar “Umi..nak air milo”

Then suara Adam “Umi..adam nak susu”

Tetapi mata pun tak dapat nak buka…

Ya Allah, kecil saja penyebabnya…

Tetapi kesannya hanya Tuhan yang tahu…

Tersedar semula
Bila Kak Ah mencuit bahuku

“Umi, dah masuk maghrib”

Dan Adam pun bersuara

‘Umi, makanlah ubat..”

Risaunya si kecil melihat umi..

Alhamdulillah.

Sekarang dah okey.....walau pun perut masih terasa tak selesa…

Thursday, April 16, 2009

mereka sebaya...

CM ada 3 anak remaja perempuan yang hampir sebaya..

Anak yang sulong sekarang berada di Uniten, anak yang kedua sedang belajar di UiTM, dan anak ketiga sedang menunggu tawaran ke IPTA.

Masing-masing dah ada lesen memandu, bermakna dah boleh berdikari..

Sekarang, ketiga-tiganya berada dirumah,,,,
yang sulong sedang bercuti,
yang kedua balik kampong untuk study leave sebelum final exam,
sementara yang ketiga dah nak masuk 4 bulan jadi penunggu rumah…

Masaalahnya….bila ketiga-tiganya bertemu, adalah masalah yang akan timbul
Kalau yang sulong bersama yang ketiga, maka yang kedua akan merajuk a.k.a marah dan sebagainya,
Bila yang kedua bersama dengan yang ketiga, yang sulong pula menjadi mangsa,
begitulah sebaliknya..

Walau pun ianya tidak sentiasa berlaku, tetapi dalam seminggu tu, adalah masa-masa yang mereka tidak boleh sekepala…

Huh…Akhirnya uminya yang pening!

Soalnya…

CM tak tahu nak didik anak ke…

atau memang bile mereka sebaya perkara begini akan berlaku….

Tak tahulah….
nak kepasar malam pun satu masalah yang besar… macam nak buat keputusan untuk membina satu dasar Negara…

Monday, April 13, 2009

kisah 3 aiman tak kisah...

bagusnya Unit Kecemerlangan PMR SIC!
Sabtu lepas ada majlis solat hajat, bacaan Yaasin, program Bicara Ilmu dan Ceramah Motivasi untuk pelajar PMR, kemudian petang tadi ada pula majlis konsultasi akademik ibu bapa pelajar calon PMR dengan guru subjek..
Penatnya tak terkata...., tetapi banyak kepentingan & pengajarannya, terutamanya bila melibatkan pelajar-pelajar jenis Aiman tak kisah.

Aiman No 1( datang ke meja CMath dengan memeluk lengan ibunya)
ibu: macam mana anak saya cikgu?
CM: okeyla...feb test 91%, tapi kalau lebih fokus dalam kelas, boleh meningkat lagi....
ibu: Dia ni main-main ke dalam kelas?
CM: Tak ler main-main sangat, tapi kalau buat kerja , tak ada kesungguhan...buat sambil lewa, tapi dia cepat faham!
Ibu: Tapi dia ni malas, cikgu! Saya beli buku latihan...buku form two baru habis, buku form 3 tak buka pun lagi!
Aiman: he....he..he...Buatlah juga!(Sambil memandang ibunya)
CM:Yelah...dalam kelas pun tak berapa rajin. Kalau rajin, boleh dapat 100% kut!
Aiman: Cikgu target saya 88% jer...saya dah dapat 91%!Kalau cikgu target tinggi...saya dapat tinggi lagi..
CM: Okeylah.....sekarang saya naikkan target awak...daripada 88% ke 100%
Aiman: Ehh...mana boleh cikgu...
Ibu: Eeeeiii...padan ler cik gu kata banyak cakap! ( sambil menepuk belakang anaknya...)
pemerhatian CM: Pelajar cemerlang - tidak ada communication gap antara ibu bapa dan guru.

Aiman no 2;(datang ke meja CM dengan arah yang berbeza, ibu kekiri dan anak kekanan)
Ibu: Cikgu, anak saya ni merosot sangat! saya tak tahu nak buat apa. Cikgu kelas kata dia selalu tidur dalam kelas...bla...bla...bla...
CM:Dia boleh meningkat lagi.....
Ibu: saya bercerai dengan ayahnya semasa dia berumur 5 tahun. Dia membesar dengan kudrat tangan saya...bla..bla..bla.. Suruh duduk asrama, suruh studi..tapi malas! Masa outing bukannya nak balik rumah, merayau kat Billion...main snooker..bla...bla.bla.... Ayahnya bukannya nak ambil tahu hal anak... semuanya saya
CM:???(Pandang Aiman...merah matanya, mungkin malu dimarah di depan ramai. Tambahan pula mendedahkan masalah keluarga yang mungkin disimpan selama ini.)
CM: Dia okey..InsyaAllah boleh meningkat lagi...orang lain ada yang lagi teruk daripadanya... lagi pun dia duduk kelas terbaik...InsyaAllah dia boleh dapat 8A.

dan bila CM pandang mukanya sekali lagi..dia tersenyum kecil memandang muka cikgunya.. mungkin malu, mungkin sedih.....yang jelasnya tidak ceria.
(pengajaran: jangan marah anak-anak di khalayak ramai...dia pun ada maruah. Kalau ada cerita peribadi yang mengaibkan nak berkongsi dengan guru....bercakap secara personal dengan guru... jangan didepan kawan- kawan dan didepan orang lain yang dia tidak kenal.

Aiman no 3. (datang ke meja CM dengan bersembunyi di belakang ibunya )
CM: Silakan...
Ibu: Macammana dia cikgu!
CM: Tak tahulah...tapi dia terlalu lemah matematik... Dia dapat 8/60 untuk kertas 2 dan 20/40 untuk kertas 1. Kalau kita ajar hari ni, dah boleh buat, tapi besuk lupa balik...
Ibu: Memang dia lambat sikit cikgu... masa sekolah rendah...darjah 3 baru pandai membaca!
CM: Subjek lain okey jer.....ada yang dapat A! agaknya dia dah set tak suka matematik. saya panggil ni pun, supaya kita buat sesuatu, hantar tuition ke...
Ibu: Ya lah..dulu saya yang ajar dia, tapi sekarang ni.....
CM: Saya pernah tanya aiman , kenapa tak tinggal bersama Ibu, Ibukan cikgu matematik!
(celupar betul mulut CM, akhirnya dia tahu yang CM tahu kisah aiman sebenarnya dari aiman sendiri)
Ibu: Tak apalah cikgu....InsyaAllah saya cuba buat sesuatu.
(pemerhatian CM: Aiman memang lemah...ditambah pula tidak ada sokongan keluarga... kerana kedua ibubapanya berpisah. Katanya dia disuruh tinggal bersama bapanya dan ibu tiri kerana bapanya mampu menjaganya (Bapanya ahli perniagaan yang berjaya, tetapi sibuk 24 jam) sedangkan dia lebih suka tinggal dengan ibunya, seorang guru sekolah rendah . sedangkan masa berada disekolah rendah, dia tinggal bersama ibunya

harapnya entri ini tidak dibaca oleh aiman-aiman tak kisah tersebut, kerana nama mereka pun buka Aiman.

kesimpulannya:
1. pelajar bermasaalah sebenarnya ada penyebabnya, kalau kita dapat mencari puncanya, mungkin kita dapat mengatasi masaalah mereka.
2. Jangan terlalu serius dengan pelajar, sehingga mereka tidak ada ruang untuk berkongsi masaalah

Sunday, April 12, 2009

sekadar berkongsi rasa...

kenapa yer
ramai orang melayu agak sukar untuk menerima kenyataan tentang harta pusaka?
kes ni dah 3 tahun berlalu..
bulan april 2008 sepatutnya dah settle, tetapi bila pegawai tu tanya
'kak, kenapa tak tuntut harta sepencarian...kalau tak, mak mertua akak yang dapat paling banyak, sedangkan akan nak jaga anak-anak lagi'

rupa-rupanya banyak yang kita tak tahu tentang harta pusaka, kecuali apabila kita mengalaminya sendiri..

maka bermulalah episod...
jumpa lawyer, masuk pejabat tanah, keluar bank, masuk bank, KWSP dan sebagainya......

Dan akhirnya, dapat surat untuk sebutan kes diMahkamah Tinggi Syariah pada pertengahan april.

defenden-defenden yang telibat tak ada apa-apa...
yang sibuknya orang lain......
tersinggung, terhiris, terluka......sudah biasa!
hatiku sudah keras dengan itu semua...

dan aku hanya berpesan kepada anak-anak...
'Tak apalah.....kita menumpang jer disini..'

ramaikah orang diluar sana yang hidup seperti kami????

Thursday, April 09, 2009

muzik dan matematik untuk mereka

Kuat ke suara CgMath bila marah???
.............................huhuhu.
pagi tadi.....sambil berjalan ke kantin,
Kak Ta bagi tau tentang itu..
Katanya terkejut dia dengar.... di dihujung block, masih lantang suaraku dipendengarannya
Betul ke???

tetapi itulah kenyataannya bila masuk ke kelas 3 mulia
Volume suara tak pernah minimum, asyik maksimum aje..
Semuanya hanya untuk mengajar matematik kepada 30 orang pelajar yang bervariasi
daripada pencapaian 20% hinggalah kepada 99%...
bagaimana nak mengajar??
kalau ajar aras tinggi sikit, kelompok lemah mulai hanyut melayan perasaan.
kalau ajar aras rendah, kelompok cemerlang akan over aktif dan menjadi terlebih kreatif.
kalau ambil peringkat pertengahan... masih ada kumpulan yang akan melayan mimpi....(paling aku tak suka...pelajar tidur dalam kelas!!!!!!)

itu yang jadi volume tak pernah rendah.... apa lagi bila dah penat...huhu..
So... Apalagi yang boleh ku buat???

tetapi
kalau dibidang seni dan muzik, nasyid, kompang dan pancaragam
mereka boleh jadi juara hingga keperingkat negeri!


....terimalah mereka seadanya....






itu yang

Wednesday, April 08, 2009

hehe...sukanya hari ni...

Hari ni banyak masa free.....
kelas hanya masa pertama, kemudian masa ke-7 dan ke-8
Yang sukenya tak ada relief...hehehe

maka mengembaralah CM hari ni ke alam maya..
baca-baca surat khabar,intai e-mail,
sempat buat e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri...
( nak cakapnya, wireless Bilik Guru dah okey....selepas dua tiga hari down..)
dah tak ada apa nak buat... ( sebenarnya malas nak buat kerja...),
sambil-sambil semak buku latihan pelajar, ter (imbuhan yang memberi maksud tak sengaja) buka blog,
dan ternampak ada satu pesanan yang meminta CM ambil award diblognya
(orang beri kita kena ambil, ye!)


Kat rumah baru buat entry ni....


CM dapat award drp UnguViolet kerana menjadi followernya,
Thanks Sis..
tetapi ada syarat-syaratnya, iaitu:

TIGA syarat untuk menerima award yang di reka khas ini :
(1) Pastikan award ini di tampal di kawasan rumah anda.. Tak kira, kanan atau kiri, atas mahupun bawah.. Janji lekat di dinding yer!!
(2) Berikan 5 sebab musabab mengapa, kenapa, limaza, why.. anda memilih blog ini sebagai blog ikutan anda.. Lebih kurang, apa yang membuatkan anda jatuh hati pada blog ini... cheewah.. Pastikan 5 tau!! Di larang sama sekali kurang, lebih takper..


mengapa yer?
mungkin
1. Sebab dah beberapa kali masuk tanpa meninggalkan jejak, rasanya dah sampai masa untuk memberi salam dan memperkenalkan diri.
2. Blog yang cantik! ada bunga, ada rama-rama dan banyak gambar-gambar yang menarik!
3. Entry yang pelbagai...ada yang santai , ada yang menyentuh perasaan dan ada juga tazkirah sebagai ingatan.
4. Ceria yang terserlah...... warna ungu violet....warna kegemaran ku, ditambah dengan warna pink dan hijau..
5. Dan yang paling penting....ingin berkongsi rasa dengan tuan punya blog

Monday, April 06, 2009

Hadiah untuk kami....

11.30 pagi....
selepas kelas, keluar sekejap bersama kak Muni (
dengan kebenaran PKHEM)
ke SENG HENG Kota Bharu
untuk menuntut hadiah kepada sekolah untuk Juara Mighty Minds Peringkat Negeri Kelantan bagi kategori Menengah Bawah.

Hadiahnya adalah:
ACER Desktop Aspire M1201 - 250Y
AMD Anthlon 64 x 2 5000, 2.6 GHz,
1MB L2 Cache
Vista Home Basic

20" LCD Monitor
Acer USB KeyBoard
Optical Mouse


Aku bukannya tahu spesifikasi computer ni...

tapi microsoft office & antivirus hanya diberi untuk trial version je..
lepas tu kena install sendiri.
okeylah....., dah dapat komputer free pun dah cukup bagus...
asal boleh guna jer...

bolehlah tambah desktop dibilik guru.......

harganya??
(RM 1888 seperti yang tertulis di dalam resit.)

semuanya akan dihantar esuk!!!

tahniah untuk Faris, Fareed & Ismail drp 3 setia yang telah berjaya di dalam Mighty Minds Challenge!
Dan membolehkan kami mendapat satu desktop baru!


Sunday, April 05, 2009

try....

Fuhh......
akhirnya sudah boleh surf internet di bilik guru selepas bertahun-tahun , x-es point di SIC menjadi gajah putih...nampah gah, tapi tak boleh digunakan....

hari ini saja-saja On line untuk uji internet...bila pekerja berkenaan memerlukan sambungan internet untuk test setting yang dibuatnya..

bila dapat online.......
saja nak update blog
hehe..


tetapi hari ni betul-betul penat...
selepas seharian berkampung di SMKDAM semalam untuk mighty minds challenge.
penat pun berbaloi jugak!!!
Sila klik disini (untuk maklumat seterusnya),
dan selepas dua hari Tuhan menarik nikmat kesihatan.
(selsema semakin menjauh..... tetapi batuk masih belum mahu pergi.. ..)

Hu..hu..hu..
petang ni ada kelas pengukuhan
kepenatan lagi.....

Friday, April 03, 2009

.....Dia yang tentukan...

sebelum ni banyak benar perancangan untuk hujung minggu ni (hari ni..)

Pesta Flora di Taman Tengku Anis ( 31 Mac hingga 11 April )
dah beberapa kali si Aliaa menyebut tentangnya
fahamlaa... maknanya nak ajak pergi ler tu...
aku cuma menjawab: tengoklaa... Hari Jumaat ni kalau free

Pesta Buku di Padang Perdana ( 26 Mac hingga 4 April )
Bila Iqah sibuk ke pesta buku dengan rombongan pustakawan sekolahnya, Amar mula bertanya....
dan aku juga merancang untuk kesana bagi menambah koleksi novel.... dah lama tak membelinya..
walau pun masih ada dua tiga buah yang belum dibaca

PC Fair di KB Mall ( 1 April hingga 4 April . betul ke ?)
Tak lah berminat sangat
tapi Bila Naseeff berkali-kali meminta pen drive untuk buat kerja kursusnya, mungkin ini satu tempat yang sesuai untuk mencari pen drive yang murah.
Lagi pun mungkin Aliaa akan memerlukan laptopnya nanti ( dapat ke mana belum tentu lagi) ,
bolehler tengok-tengok model dengan harganya sekali...

but at last...
bangun pagi tadi, selsemaku semakin teruk..
tak ada suara yang keluar...sakit tekak dan badan menjadi seram sejuk...( nak demam agaknya)
..................................
semua rancangan dibatalkan,
dan kelas tuition dengan Irfan & Fairus juga terpaksa di cancell...

semalam dah selsema, suara dah sengau-sengau....(Tak ler seteruk hari ni!)
bila masuk kelas.....
"teacher tak payah mengajar hari ni...tercher rehat..." (pandai studentsku ambil hati)
(dan aku masuk kelas tanpa mengajar... cuma bagi latihan )


Besuk, Sabtu....
dah tak boleh nak ke mana-mana
kena hantar student untuk mighty minds challenge..
( minta-minta dah sihat ....)


...Dan sekali lagi, kita merancang, Tuhan yang tentukan!